Usah Mudah Menyebar Fitnah

Nabi saw telah bersabda dalam haji wada':

حدثنا علي بن عبد الله حدثني يحيى بن سعيد حدثنا فضيل بن غزوان حدثنا عكرمة عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خطب الناس يوم النحر فقال يا أيها الناس أي يوم هذا قالوا يوم حرام قال فأي بلد هذا قالوا بلد حرام قال فأي شهر هذا قالوا شهر حرام قال فإن دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا فأعادها مرارا ثم رفع رأسه فقال اللهم هل بلغت اللهم هل بلغت قال ابن عباس رضي الله عنهما فوالذي ص: 620 ] نفسي بيده إنها لوصيته إلى أمته فليبلغ الشاهد الغائب لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض

Darah kamu, harta kamu, kehormatan kamu, haram atas diri kamu. Hari ini kita lihat, kehormatan diri manusia telah menjadi mainan, (hanya) kerana perbezaan ideologi, perbezaan pandangan, samada pandangan politik, pandangan pemikiran mazhab, pandangan yang tidak serupa dengan kita sahajalah senang, terus akan dijatuhkan hukuman yang begitu dasyat. Bahkan sanggup mengatakan seseorang ini ahli neraka, orang ini ahli sesat, yang begitu mudah sekali kita lemparkan tuduhan-tuduhan. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ini, bukan orang-orang yang biasa. Samada orang politik sesama mereka, itu kita anggap orang biasa. Tapi, tuduhan ini dilemparkan ke atas para pendakwah, bahkan orang yang boleh dianggap sebagai alim ulama', orang yang wara' (yang) kita lihat pada zahirnya, (kita) tuduh bermacam-macam, (kemudian tuduhan ini) disebar melalui video, melalui internet. Gambar-gambar yang telah diedit, (di)masuk(kan ke dalam internet).

Dengar lebih lanjut di sini : http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/03/peringatan-kepada-golongan-pencaci-dan.html

Bagaimanakah Persiapan Kita Untuk Ibu?

Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatan
Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan
beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah
yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.

Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam
wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat
makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman
dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah
dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”


Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu
minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)
ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu
kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu
dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada
ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang
yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak
ketahui..

Kisah Uwais al-Qarni


Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya
mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat
yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang
diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya
mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak
lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji”.

Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru
lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok)
di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk
naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun
dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia
beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia
gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas
enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.


Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai
ke Mekkah dengan kedua tangannya.

Bongkar Rahsia Tersembunyi

Bagaimana cara jutawan berfikir secara total - Tiru cara mereka berfikir, dan kekayaan itu 100% hak kita.
Bagaimana jutawan menjadi jutawan - Teknik dari 'kosong' menjadi jutawan dibongkarkan. Formulanya semudah 1+1=2.
Bagaimana untuk menguasai 5 prinsip jutawan - Tiru apa mereka buat. 5 prinsip ini disembunyikan oleh para jutawan secara tidak sengaja.

Bagaimana meningkatkan jualan seperti snowball effect - Teknik pemasaran terbukti berkesan tingkatkan jualan. 10 jutawan ini gunakan berkali-kali tanpa kita sedar.




Bagaimana membuka ruang rezeki halal yang luas - Rezeki itu milik Allah. Strategi membuka pintu rezeki dengan mudah dibongkarkan menerusi teknik S______n.




Segerakan Yang Baik

"Menunda-nunda perbuatan baik adalah satu tentera diantara bala tentera iblis 
yang telah berhasil membinasakan orang banyak."
 (Abu al-Jald)

Bicara Hamba

"Mereka (kaum salafushshalih) berbicara untuk kejayaan islam, keselamatan jiwa dan redha Allah Yang Maha Pengasih. Sedang kita berbicara untuk kejayaan diri sendiri, mencari dunia & penerimaan makhluk." (Hamdun bin Ahmad)

Al-Quran Digital Murah

Be A Happiest Woman



Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!

What your opinion???

Saat Iman Digugah


"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." (Al-Anfal, 8: 11)

Tangis mengcari arah
Rindu pada tarbiyah
Sahabat...
Sampaikan nasihatmu untukku walau sepotong ayat
Kerana saat ini Imanku digugah
Ya Tuhan yang menyaksikan
Bukan redha manusia yang ku harapkan
Tapi....
Keradhaan Mu Tuhan
Kini ketenangan muncul kembali
Setelah tarbiyah sahabat mengingatkan kepada Ilahi
Wudhuk menyejukkan hati
Tangisan terus membasahi pipi
Ketenangan muncul kembali
Setelah itu kecundang lagi
Perasaan mengganggu hati
Hati meneropong diri
Ke mana mahu pergi selepas ini?
Jika neraka arah ku
Maka turutkanlah kehendak nafsu ku
Jika syurga tujuan ku
Lawanlah menentang nafsu
Ya Rabb...
Sungguh tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMu
Titipkan di hatiku di setiap degupan jantungku
Bahawa Engkau Maha Melihat
Gementarkan hatiku bahawa hukuman Mu berat
Sungguh aku redha Tuhan
Kerana tarbiyah dariMu untuk ku
Pintaku Tuhan...
Agar nikmat Iman & Islam tersemat dalam seluruh tubuh & tindakan ku
Hatta bicaraku
Kerana aku layak diuji oleh Mu
Inilah penjara dunia buatku
Terima kasih Tuhan
Sungguh aku amat merindui Mu.

Me & I luv islam.com




*assalamualaikum

"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." (Al-Anfal, 8: 11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfal, 8: 11)

"Takkan Islam hilang di dunia
Sungguh tidak akan ada pengganti setelah Allah di hati
Selagi ajal belum tiba, perjuangan ini tak kan terpadam
Biar api tidak menyala, asal bahang terus membara
Sementara usia masih muda
Pertaruhkan tenaga pada yang Esa."

Ayuh...sahabatku, bangkit!
Bangkitkan semangat juangmu
Biar bersalut dengan Iman & Takwa
Allah menjadi saksi perjuangan kita
Biar... biar air matamu mengalir
Biar... biar peluhmu juga mengalir
Biar...
Kerana kita hanya mengharapkan keredhaanNya
Moga kita bersama dipertemukan di syurga Tertinggi
Milik Ilahi


*amin

Diri ini


Diri ini berdiam bukan bererti pasif
Diri ini berusaha memahamimu sabagai hamba Allah
yang telah diamanahkan menjadi khalifah
Diri ini menjadi keliru bila segala kehendakmu ku akur
Iman ku tergugah dengan kata mu
Ku akur kerana dirimu punya pengalaman yang tak terhitung oleh ku
Sayang ku pada mu kerana Allah
Hormat ku pada mu kerana Allah
Ku pikul tanggungjawabku kerana Allah
Ku cuba hasilkan yang terbaik kerana Allah
Kerana di hadapan ku ada Allah
Maafkan ku berdiam diri dari mu
Kerana diri ini ingin medidik amarah agar ia dapat ditewaskan dengan mengingat Allah
Sekali lagi ku mengingatkan....
Bukan diri ku PASIF
Pesan buat ku dan juga diri mu
Kan ku laksanakan tanggungjawab yang diberi
Selagi ia tidak menjauhkan diriku dengan pencipta hakiki
Sesungguhnya tidak ku letakkkan hati ini selain Allah
Allah huakbar!