Wahai Allah,
Segalanya ujian buat hamba
Insan kerdil ini tidak berupaya tanpa Engkau di sisi-Nya
Kejayaan itu milik-Mu Yang Esa
Hamba tidak punya apa
Hanya mencari redha di dunia yang fana
Mencebis kasih menyusuri penghidupan yang sementara
Merungkai makna kehidupan yang sebenar selagi kudrat masih ada
Insan ini hanya hamba
Hanya meraih setitip redha Sang Pencipta
Biar terkorban bersama luka dan darah
Hambakan bangkit mencari-Mu
Kerana kejayaan sebenar di akhirat sana
Wahai Allah
Jangan Engkau tinggalkan hamba
Keseorangan tanpa arah
Tanpa Engkau siapalah hamba.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik." (Al-Hasyr:18-19)
AYUH IMANKU...SAHABAT2 DAN SAUDARA2KU

*Merujuk kepada hadiths 40 (hadiths ke-28_Perkara Wasiat Mengenai Sunah dan Bid'ah)
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan mengatakan hadiths ini hasan lagi sahih.
Rasuluallah memberi nasihat yang merupakan wasiat berisi pengajaran kepada mereka dan kepada sekalian umat islam dengan sabdanya:" Aku berpesan (berwasiat)kepada kamu, iaitu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengarkan serta taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu."
INNAMATTA'ATUFIL MAKRUF (hanya taat itu pada yang baik)
LAKAULA LIAHHADIN MA'A SUNNATI RASULUALLAH S.A.W (tidak ada sebarang perkataan lagi bagi seseorang beserta sunah Rasuluallah s.a.w). Maksudnya: tidak boleh terima perkataan seseorang, jika ternyata perkataan itu berlawanan dengan sunah (hadiths) Rasuluallah s.a.w).
Barangsiapa yang mengetahui satu sunah dari Rasuluallah s.a.w maka tidaklah boleh lagi ia meninggalkan sunah itu, kerana mengikut pendapat orang lain.
MAN AHAZA SUNNATI PAHUWAMINNI, WAMAN RARHIBA AN SUNNATI PALAISAMINNI (barangsiapa mengambil (berpegang) akan sunahku, maka ia daripada aku (daripada umatku). Dan barangsiapa tidak suka daripada sunahku, maka ia bukan daripadaku).
Sabdanya: Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tiada akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka melainkan dengan maksiat (derhaka) sehingga seorang lelaki berdusta dan bersumpah. Apabila telah sampai masa yang demikian itu, maka hendaklah kamu lari (menjauhkan diri). Ditanya kepadanya: Ya Rasuluallah! dan kemana tempat lari? Jawabnya: Kepada Allah ta'ala dan kepada kitabnya dan kepada sunah nabinya)
Berkata Pelihara Lidah, Berjalan Pelihara Kaki

*Diambil daripada Hadiths 40 (hadits yang ke-29 Perkara yang Mengenai Amal untuk Masuk Ke Syurga)
Dari Muaz Bin Jabal radiayallah huanhu, katanya: Ya Rasuluallah! Khabarkan kepadaku dgn amal yg memasukkan aku ke syurga dan menjauhi kau dr neraka.
Ia bersabda: Sesungguhnya engaku telah bertanya dr hal perkara yg besar, dan sesungguhnya amatlah mudah atas org yg telah dimudahkan dia oleh Allah untuknya iaitu engkau menyembah Allah tiada engkau mempersekutukan dgn dia akan suatu, dan engkau mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan ramadhan, dan mengerjakan haji di Baituallah.
Kemudian ia bersabda: Tidakkah engkau suka aku tunjukkan kepada engkau pintu2 kebaikan? Iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadam kesalahan sebagaimana air memadam api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.
Kemudian ia membaca ayat yang ertinya "renggang rusuk2 mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian dari apa yg kami kurniakan itu mereka belanjakan. Maka tidak ada jiwa yg mengetahui apa yang disembunyikan bg mereka dari (benda2)penutup mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan."
Setelah itu nabi bersabda lagi: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang2nya dan puncaknya?
Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah.
Sabdanya: Kepala pekerjaan ialah islam, dan tiang2nya ialah sembahyang, dan puncaknya ialah jihad.
Kemudian ia bersabda: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau penguasa bagi yg demikian itu semuanya?
Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah!
Lalu ia memegang lidahnya seraya berkata: Cegahlah ini!
Kataku (Muaz): Ya nabi Allah! dan sesungguhnya kami akan disiksa kerana kami berkata dengannya?
Sabdanya: Ibu engkau kehilangan engkau! dan tidak akan ditelungkupkan (dicampakkan) manusia ke atas muka mereka/ ke atas hidung mereka ke dalam api neraka melainkan kerana hasil tanaman lidah2 mereka.
* Diriwayatkan oleh Altarmizi_Hadiths hasan sahih.
Subscribe to:
Posts (Atom)


