KONVOKESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin-Nya dapat saya menghadirkan diri dalam majlis “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” sebagai wakil iluvislam.com dan bersama sahabat- sahabat dari Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) daerah Pontian pada 9 Mei 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur . Penggerak utama dalam menjayakan majlis tersebut adalah hasil kerjasama daripada Amanpalestin dan PEMBINA. Majlis tersebut turut mengundang tiga ahli panel yang terdiri dairpada Dr. Roslan Mohd Nor, Dr. Azzam Tamimi, dan Assoc. Prof. Dr. Mohsen Saleh.
Sesi pertama disampaikan oleh Dr. Roslan Mohd Nor yang bertajuk “Menyingkap Satu Tragedi Yang Dirancang Rapi”. Melalui penyampaian tersebut dijelaskan bahawa pada tahun 1923 berlakulah kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II. Kejatuhan tersebut disebabkan oleh tiga perkara utama yang terdiri daripada ekonomi, gerakan dalaman dan syeksen Picot Agreement 1916. Suka saya kongsikan kepada sahabat-sahabat bahawa pada tahun 1902, Theodor Hertzl telah bertemu Sultan Abdul Hamid II untuk melakukan rasuah. Antaranya, 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan, membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris, membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank, memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga, dan membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin. Namun, Sultan Abdul Hamid II berjaya menolak tawaran tersebut. Manakala, pada tahun 1917 British mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor menyeru supaya sebuah Negara Yahudi ditubuhkan di Palestin. Saya mengharapkan sahabat-sahabat dapat meluangkan masa untuk membaca artikel yang saya sertakan pada laman ini mengenai “Menyelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 - 1918)” sebagai pemantan kefahaman kita bersama.
Kemudiannya, majlis diteruskan lagi dengan ahli panel kedua iaitu Dr.Azzam Tamimi mengenai pergerakan Zionis. Melalui penyampaian beliau didapati bahawa objektif utama Zionis adalah menahan kebangkitan ummah dan mereka juga percaya bahawa “penyelamat” (Messiah) akan memberikan bantuan di Palestin. Selain itu, beliau juga menyentuh bahawa penyebab utama penghijrahan Yahudi adalah disebabkan oleh Holocaust. Buat sahabat-sahabat yang ingin melihat tayangan mengenai Israel Holocaust bolehlah melayari www.haluanpalestin.com dan klik pada ruangan download. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Insya-Allah.
Alhamdulillah, pada sesi ke-2 merupakan majlis perasmian pembukaan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” 2009. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Setelah selesai perasmian dan ucapan khas daripada Mufti Kerajaan Negeri Perlis, majlis diteruskan dengan menjemput ahli panel Dr. Juanda Jaya yang meyampaikan mengenai Palestin manakala Dr. Mohsen Soleh menyentuh berkaitan dengan “Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan”.
Pada jam 2.00 petang, majlis diteruskan dengan ahli panel Dr. Azzam Tamimi mengenai “Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis”. Beliau mengatakan bahawa terdapat jihad lain yang boleh kita laksanakan antaranya jihad melalui media. Ingin saya kongsikan sekali lagi kepada sahabat semua bahawa ILUVISLAM.COM telah pun menerbitkan buku pertama mengenai “Media dan Islam Beperang atau Berdamai?” hasil ucapan daripada Dr. Zakir Naik. Saya mengharapkan sahabat-sahabat di luar sana dapat memiliki buku tersebut.
Menurut Dr. Azzam Tamimi bahawa:
- Keutamaan jihad adalah JUJUR dan MENGINGATKAN KEBENARAN.
- Beliau juga mengharapkan agar kita semua sentiasa membaca dan mendalami sejarah Palestin serta mengetahui fitrah pergolakkan di negara tersebut. Di England, hanya sebahagian kecil sahaja yang berminat untuk mengetahui isu Palestin. Hal ini kerana cara hidup mereka. Saya berharap ke atas diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar kehidupan kita hari ini tidak mengaburi mata kita untuk menilai dan memahami keadaan saudara SEISLAM kita di Palestin.
- Kita seharusnya menyokong perjuangan bukan pertubuhan.
- Kita mesti teguh memboikot Israel dan sekutunya serta Dr. Azzam Tamimi menyeru kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia untuk menyokong tindakan memboikot.
- Kita perlu besama-sama Turki, Malaysia, Indonesia dan Negara Afrika (Nigeria) yang menentang Israel.
-Simpati adalah suatu perkara, dan berbuat sesuatu hasil simpati adalah sesutu perkara yang lain.
- Kita perlu mempertahankan Palestin daripada persenjataan.
-Berlaku juga penentangan daripada sudut media secara global.
- Kebanyakkan warga US tidak tahu mengenai Palestin. Jika mereka mengetahuinya, mereka akan bersimpati dan membantu.
- Kita harus berkomunikasi dengan dunia pada hari ini dengan menggunakan teknologi yang ada bagi mengetahui perjuangan di Palestin.
- Sebelum anda melelapkan mata malam ini, tanyalah diri anda sendiri apakah yang telah anda lakukan untuk Al-Aqsa?
- Kita boleh menulis, bercakap, sediakan alternative media.
- Internet perlu dilakukan sebaiknya
Manakala menurut Dr. Mohsen Soleh dengan tajuk penyampaiannya “Kebangkitan Islam di Palestin & Status Agenda Zionis Masa Kini” menyatakan bahawa:
- Sejarah Palestin adalah sejarah iman dan jihad dalam mencari redha Allah.
- Mogok terpanjang selama 178 hari berlaku di Palestin.
- Peperangan bermula sebelum penubuhan rejim Israel 1948.
- 78% tanah Palestin di rampas, 531 kampung Palestin dimusnahkan pada tahun 1948.
- Tiada zaman kanak-kanak bagi anak-anak di Palestin.
- 1.5 juta penduduk Palestin tiada makanan namun masih mampu melawan musuh.
- Kita perlu meningkatkan iman dan kekuatan yang lain.
- Petanda kejayaan adalah apabila generasi muslim yang lahir di Palestin tidak takut kepada Israel dan bersedia berkorban demi Allah s.w.t.
- Manusia dan keadaan akan berubah menjadi lebih baik apabila manusia dan generasi dapat berubah.
- Perjuangan ini memerlukan masa yang panjang.
- Roh dan semangat yang kami miliki adalah daripada Allah, Quran dan Sunnah nabi kami.
- Penduduk Islam di Gaza akan menyamai jumlah penduduk di Israel menjelang 2010.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.15 petang majlis selesai dan bersurai.
Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini bahawa, saya meyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain bahawa bersungguh-sungguhlah dalam perkara/ bidang yang diceburi dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pemacu utama kehidupan. Sesungguhnya kita perlu terus berusaha kerana kejayaan sebenar adalah milik Allah s.w.t. dan milik nabi kita Muhammad s.a.w. Sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat semua….dapatkan bahan bacaan….Media dan Islam Berperang atau Berdamai? Oleh Dr. Zakir Naik, Gaza Menangis oleh Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor, Hamas oleh Maslee Malik dan banyak lagi…di pasaran. Moga dengan perkongsian ini dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita bersama dalam menyusuri keperitan dan penderitaan sahabat dan saudara SEISLAM kita di bumi Palestin agar kita terus bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. Insya-Allah.
“Kebangkitan ummah perlukan tumpuan yang serius sama ada berjaya atau tidak.” (Dr. Azzam Tamimi)
“Dan sebahagiam malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah (Muhammad), ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menologku. Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sungguh yang batil itu pasti lenyap. (A-Isra’: 79-81)

Dr. Azzam Tamim

Assoc. Prof. Dr. Mohsen Saleh dan Dr. Azzam Tamimi