Be A Happiest Woman



Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!

What your opinion???

Saat Iman Digugah


"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." (Al-Anfal, 8: 11)

Tangis mengcari arah
Rindu pada tarbiyah
Sahabat...
Sampaikan nasihatmu untukku walau sepotong ayat
Kerana saat ini Imanku digugah
Ya Tuhan yang menyaksikan
Bukan redha manusia yang ku harapkan
Tapi....
Keradhaan Mu Tuhan
Kini ketenangan muncul kembali
Setelah tarbiyah sahabat mengingatkan kepada Ilahi
Wudhuk menyejukkan hati
Tangisan terus membasahi pipi
Ketenangan muncul kembali
Setelah itu kecundang lagi
Perasaan mengganggu hati
Hati meneropong diri
Ke mana mahu pergi selepas ini?
Jika neraka arah ku
Maka turutkanlah kehendak nafsu ku
Jika syurga tujuan ku
Lawanlah menentang nafsu
Ya Rabb...
Sungguh tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMu
Titipkan di hatiku di setiap degupan jantungku
Bahawa Engkau Maha Melihat
Gementarkan hatiku bahawa hukuman Mu berat
Sungguh aku redha Tuhan
Kerana tarbiyah dariMu untuk ku
Pintaku Tuhan...
Agar nikmat Iman & Islam tersemat dalam seluruh tubuh & tindakan ku
Hatta bicaraku
Kerana aku layak diuji oleh Mu
Inilah penjara dunia buatku
Terima kasih Tuhan
Sungguh aku amat merindui Mu.

Me & I luv islam.com




*assalamualaikum

"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." (Al-Anfal, 8: 11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfal, 8: 11)

"Takkan Islam hilang di dunia
Sungguh tidak akan ada pengganti setelah Allah di hati
Selagi ajal belum tiba, perjuangan ini tak kan terpadam
Biar api tidak menyala, asal bahang terus membara
Sementara usia masih muda
Pertaruhkan tenaga pada yang Esa."

Ayuh...sahabatku, bangkit!
Bangkitkan semangat juangmu
Biar bersalut dengan Iman & Takwa
Allah menjadi saksi perjuangan kita
Biar... biar air matamu mengalir
Biar... biar peluhmu juga mengalir
Biar...
Kerana kita hanya mengharapkan keredhaanNya
Moga kita bersama dipertemukan di syurga Tertinggi
Milik Ilahi


*amin

Diri ini


Diri ini berdiam bukan bererti pasif
Diri ini berusaha memahamimu sabagai hamba Allah
yang telah diamanahkan menjadi khalifah
Diri ini menjadi keliru bila segala kehendakmu ku akur
Iman ku tergugah dengan kata mu
Ku akur kerana dirimu punya pengalaman yang tak terhitung oleh ku
Sayang ku pada mu kerana Allah
Hormat ku pada mu kerana Allah
Ku pikul tanggungjawabku kerana Allah
Ku cuba hasilkan yang terbaik kerana Allah
Kerana di hadapan ku ada Allah
Maafkan ku berdiam diri dari mu
Kerana diri ini ingin medidik amarah agar ia dapat ditewaskan dengan mengingat Allah
Sekali lagi ku mengingatkan....
Bukan diri ku PASIF
Pesan buat ku dan juga diri mu
Kan ku laksanakan tanggungjawab yang diberi
Selagi ia tidak menjauhkan diriku dengan pencipta hakiki
Sesungguhnya tidak ku letakkkan hati ini selain Allah
Allah huakbar!

Membawa kebenaran memang payah


Membawa kebenaran itu memang payah
Namun... jika hati itu telah menjadi milik Allah
maka tiada lagi kegundahan jiwa.
Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan sunnah menjadi benteng kehidupan, juga...
solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan
Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran
Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman
Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah
Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan
Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat...
Mengapa tidak kau rasainya...
Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati


www.iluvislam.com
cheghah
editor : IskethaykaL

Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”

Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”.

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!

Alhabib Islamic Greeting Card

Perjalanan mencariMu


Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah, 2:138)

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. (Al-Baqarah, 2:139)

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah, 2:142)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu labih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar. (Al-Qadar, 97:1-5)

Jahit pakaian taqwa sepanjang Ramadhan, hamparkan permaidani keredhaan menjelang Syawal.

Wahai Puteri-puteri Islam Harapan!
Peranan kalian dalam mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan hidup insan hari ini dan masa depan sangat besar!
Kalian merupakan tunggak dan tulang belakang kepada seluruh kekuatan kolompok dan komuniti di mana kalian berada. Kuat dan baik wanita bagi sesuatu bangsa itu, memain peranan besar pada kesejahteraan sesuatu bangsa. Lemah dan rosak wanita pada sesuatu bangsa itu, akan menyebabkan bangsa itu hancur.

Iblis dan syaitan pula sedapatnya mempergunakan watak dan pengaruh wanita untuk menyesatkan umat manusia. Justru itu sewajarnya selaku wanita Islam solehah, merasakan dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam setiap langkah dan tindakan. Dengan itu setiap ibadah dilakukan sebaik-baiknya demi mendapatkan keredhaan Allah.

Puteri-puteri Islam yang bijaksana,
Sedari awal Ramadhan lagi telah kita sambut ianya umpama kedatangan kekasih yang sangat dirindui. Sepanjang beribadah di dalam bulan Ramadhan, kita semestinya merasai seolah-olah sedang berteduh dibawah satu bulan paling istimewa. Telah digandakan pahala amal soleh dan di buka segala pintu kebaikan. Semestinya gembira hati kita menerima limpahan rahmat ini. Dengannya juga kita diberi peluang memperbaharui dan menambah bekalan untuk bulan-bulan berikutnya. Latihan beribadah intensif sebulan Ramadhan sepatutnya memampukan kita melaksanakannya di bulan-bulan lain sepanjang tahun.

Puteri-puteri Islam yang sedar!
Puasa juga sepatutnya dijadikan sebagai pakaian taqwa dan perisai yang mampu melindungi diri kita dari sebarang kejahatan dan fitnah. Kita mestilah berpuasa dengan segenap jiwa.

Sentiasa memelihara lidah, pandangan mata, juga apa saja pelanggaran yang mencacatkan puasa maupun menggugurkan pahala puasa. Dalam berhadapan dengan fitnah pertengkaran, perbalahan dan pergaduhan, dia akan mengamalkan petunjuk hadis Rasulullah SAW: “Apabila seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia bercakap kotor dan jangan bertengkar. Sekiranya dia di cela oleh sesiapa pun maka hendaklah dia berkata; aku berpuasa.”

Bertitik tolak dengan pendirian sedemikian, wanita Islam yang bijaksana akan menyesuaikan setiap aktiviti hariannya dengan usaha-usaha merebut waktu penuh barakah. Tidak dilekakan dengan sebarang aktiviti tidak bermanfaat yang melengahkannya dari menunaikan ibadah fardhu tepat pada waktunya. Maupun amalan sunat yang meliputi tadabbur al-Quran serta tahajjud dan munajat.

Tidak sepatutnya juga kita diasyikan oleh keinginan-keinginan menyediakan timbunan juadah berbuka juga persiapan menjelang syawal yang berbagai-bagai…. Sepatutnya kita susun sebaik-baik aktiviti untuk diri sendiri dan menyertai aktiviti di persekitaran yang dapat menghidupkan suasana Ramadhan al-Mubarak, bertepatan tujuan puasa difardhukan; “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah: 183)

Puteri-puteri Islam Sejati!
Ramadhan bulan ibadah yang penuh keampunan dan keredhaan, tidak sewajarnyalah hanya dipenuhi dengan persiapan menjelang Syawal. Sedangkan pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan merupakan kemuncak ganjaran Ramadhan dengan keberkatan ‘Lailatul Qadar’.

Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh melebihi usahanya pada malam-malam yang lain. Rasulullah SAW menggalakkan menghidupkan malam lailatul qadar dengan memperbanyak ibadah malam.

Sabda baginda; “Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, niscaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Dengan kesempatan sedemikian, wanita Islam solehah menumpukan sepenuh perhatian untuk taat kepada Allah. Pada saat inilah dia tidak berhenti berfikir mengingati kekuasaan Allah. Juga dengan hati yang tulus berterusan bermunajat memohon keredhaan Allah. Pada waktu sedemikian akan melimpah ruah nur dan hidayah dari Allah.


Puteri-puteri Islam Harapan!
Ramadhan yang penuh barakah akan disusuli pula oleh Syawal yang dipenuhi keampunan serta keredhaan Allah. Tanggal 1 Syawal dinamakan Id (Hari Raya). Kerana pada hari itu kaum Mukminin telah selesai menunaikan kewajipan berpuasa Ramadhan kerana taat kepada Allah dan RasulNya. Syariat Islam menetapkan supaya bergembira menyambut kemenangan selesai berpuasa itu.

Dari Munabah r.a katanya; “Iblis sangat sedih apabila tiba hari raya, mereka berkumpul lalu berkata:’Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?’ Pemimpin iblis berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan umat Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti berkerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”

Telah diceritakan juga, pada pagi Aidil Fitri, Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi untuk berseru dengan suara yang didengari seluruh makhluk kecuali manusia dan jin; “Wahai umat Muhammad keluarlah kepada TuhanMu yang mulia. Dia akan memberikan pemberian yang agung dan mengampuni dosa yang besar.” Ketika mereka telah pergi ke masjid, Allah berkata kepada para malaikat: “Apakah balasan untuk pekerja setelah selesai kerja?” Para malaikat berkata: “Upahnya sesuai pekerjaan nya.” Allah berkata kepada para malaikat: “Saksikanlah, bahawa sesungguhnya aku telah menjadikan keredhaan dan keampunanKu sebagai pahala mereka.”

Puteri-puteri Islam Sejati!
Sewajarnya wanita Islam yang bijaksana mampu mengatur langkah seimbang dalam menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan dan merebut ganjaran keredhaan Allah dalam kegembiraan Syawal. Agar nanti bukan sahaja pakaian taqwa di bulan Ramadhan yang selesai dijahit, malahan permaidani keredhaan juga dapat dihamparkan di Syawal yang barakah. Juga semestinya wanita Islam yang sedar terhadap petunjuk agamanya akan terselamat dari tergelincir ke lembah pembaziran. Roh Islam yang menguasai jiwa wanita yang bijaksana sentiasa memandunya mengambil jalan pertengahan dan tidak berlebih-lebihan maupun menunjuk-nunjuk. Apatah lagi terjerumus ke jurang riya’ dan bemegah.

Begitulah semestinya sifat wanita Islam solehah yang mampu membawa kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Akhirnya puteri-puteriku,
Berikut beberapa perkara untuk diberi perhatian dalam kemeriahan yang semakin hampir...

1. Jangan lupakan Ramadhan yang baru kita tinggalkan kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi dengannya. Sesungguhnya orang yang soleh itu bersedih dengan pemergian Ramadhan.
2. Jangan lupa bermuhasabah dan memeriksa semula apakah kita telah menghabiskan waktu sepanjang Ramadhan dengan sebaik-baiknya.
3. Jangan lupa membayar zakat fitrah bagi menyempurnakan puasa Ramadhan.
4. Jangan lupa dengan pelbagai nikmat dan rahmat yang dilimpahkan Allah kepada kita dengan bertakbir, bertasbih, bertahmid, bersedekah dan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.
5. Jangan lupa mengikut sunnah Rasulullah dalam berhari-raya seperti mandi sunat raya, berpakaian baru, memakai wangian, makan sedikit sebelum solat sunat raya, pergi dan pulang dari solat raya melalui jalan berbeza.
6. Jangan lupa menjaga batas-batas syarak seperti pergaulan bebas, lelaki dan perempuan. Percakapan sia-sia dan muzik yang melalaikan.
7. Jangan lupakan mereka yang tidak bernasib-baik dan tidak dapat berhari raya dengan gembira, seperti fakir miskin,anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, dan orang-orang tua yang terbiar sendirian.

Begitulah Puteri-puteri Islam Sejati,
Jika batasan syarak dapat dipatuhi, Aidilfitri tidak sekadar menjadi perayaan adat, bahkan dapat membawa makna besar bagi umat Islam seluruhnya.

Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang mendoakan ketaqwaan kalian.(http://www.haluan.org.my)

Agar cinta kami tidak melebihi cinta-Mu Ilahi


Isteri: “Wahai suamiku perjelaskan kepada isterimu mengenai perhiasan yang kita miliki ini.”

Suami: “Wahai isteriku bukankah perhiasan ini akan menyerikan lagi ruang kediaman kita.”

Isteri: “Duhai suamiku… andai dapat engkau membaca isi hatiku dari mata hatimu ketahuilah bahawa belum pernah engkau menghiaskan hatiku dengan kalimah Allah. Maka, apakah yang paling mulia di sisi pencipta kita berdua?”

Suami: “Tidakkah engkau mengetahui wahai isteriku. Sesungguhnya menghiaskan hatimu dengan kalimah Allah itulah yang mulia. Maafkan aku wahai isteriku kerana telah sekian lama kekayaan ini membuatkan aku alpa. Kemari wahai isteriku. Dekatilah aku.”

Isteri: “Duhai suamiku… betapa benar-benar engkau memerlukanku. Namun, aku tidak upaya kerana aku juga manusia biasa. Mintalah suamiku. Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah dengan penuh ikhlas dan takwa. Pasti engkau akan terasa dekat dengan-Nya tapi bukan isterimu. Pasti engkau ditemani-Nya sentiasa tanpa lelah tapi bukan isterimu. Pasti juga engkau akan diperingatkan daripada-Nya tanpa dusta tapi bukan isterimu.

Suami: “Mengapa wahai isteriku?”

Isteri: “Wahai suamiku, bukankah dunia ini persinggahan bagi kita. Bukankah juga hidup dan mati kita ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Maka, apakah masih ada lagi kasih sayang dan cinta kita yang dapat membatasi cinta-Nya.”

Suami: “Benar wahai isteriku. Cinta dan kasih sayang kita hanya kerana Allah semata. Moga kita dipertemukan lagi di syurga yang tertinggi di sisi pencipta kita. Terima kasih isteriku. Cintaku padamu duhai isteriku tidak akan membatasi cintaku pada Allah. Moga kita bahagia di dunia dan di akhirat sana. Insya-Allah.

Isteri: “Bersyukurlah suamiku. Bersabarlah dengan segala mehnah dan tarbiyah Allah.”



JZKK (JazaKallahu Khairan Kathira - Thanks a lot)

May Allah Rewards us Jannatul Firdaus.. Ameen..

Together WE make history for OUR ummah!

Ketenangan...

Kayakinan & Kepastian


Jika engkau mengenal belum pasti engkau cintai
Jika engkau mencintai belum pasti engkau rindui
Jika engkau merindui belum pasti engkau tangisi
Jika engkau tangisi maka yakinlah seikhlas hati
Bahawa air matamu itu milik Ilahi
Yang selama ini engkau cintai
Yang selama ini engkau rindui
Yang selama ini engkau tangisi
Maka sesungguhnya keyakinan milikmu itu di hati
Namun, kepastian itu milik Maha Pencipta yang Hakiki

3 Jawapan yang bernas

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke
tanah
air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya..

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
yang
menyakitkan untuk syaitan.

Pengembaraan yang seterusnya...

Pengembaraan baru dalam kehidupan akan bermula. Walaupun jauh tapi di hati ia dekat. Yang jauh itu permaisuriku (bonda)dan yang dekat itu Allah. Hati semakin tenang. Moga Allah redha dengan pengembaraan ini. Terima kasih di atas restu yang bonda berikan. Terima kasih buat keluarga yang terus memberikan keyakinan, juga sahabat yang memperkenalkan pengembaraan ini.

"Sesungguhnya pengembaraan kehidupan tidak akan berakhir selagi ajal belum sampai"

Hebahan..........


Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan P.Pinang(PUMPP) bersama Angkatan Pemuda - Pemudi Islam (API) ingin memohon bantuan kepada yang berkemampuan untuk sama - sama membantu meringankan kos perbelanjaan Aktivis Pemuda Selatan Thai seramai 6 orang yang sedang mengikuti sesi latihan kemahiran dan pembangunan diri bersama kami selama 2 bulan ( bermula 6 Julai 2009 - September 2009) di rumah CAP, Air Itam .

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan seperti :

1. Kewangan untuk perbelanjaan harian pelatih
2. Makanan ( Biskut, Gula, Beras, Susu , Sardin, Sayur dan lain - lain bahan untuk
memasak sepert ikan, ayam pun boleh )
3. Pakaian yang masih elok untuk saiz dewasa
4. Barangan Mandi
5. Ubatan
6. Dan Lain - lain yang sesuai ..
7. Kos Pengangkutan untuk program Roadshow " Konflik Selatan Thai"
8. Tabung Dana Kemanusiaan Krisis Selatan Thai


Bolehlah salurkan bantuan secara terus dengan menghubungi ;

Shamsul Ery : 019-4403060
Nurfitri Amir : 013-7069509
Kak Wan : 012-5607547

Sumbanagan berbentuk Wang Pos/Kiriman Wang/ Cek boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan dikirimkan ke alamat perhubungan :
Sekretariat "Konflik Selatan Thai",
D/A PUMPP, 2912, Jalan Perai,
Taman Inderawasih,
13600 Pulau Pinang.
Atau melalui no.akaun bank : 7043011013136, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kepala Batas.


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami di talian tersebut.
Sekian , Wassalam...


Wan Azilina Wan Ahmad
Koordinator Latihan Aktivis Selatan Thai

ESQ 165



"Pengalaman yang luar biasa dan saya menggalakkan rakyat Malaysia mengikuti kursus ini. Amatlah disarankan kepada semua staf dan kakitangan universiti daripada pelbagai bidang mengikutinya. Juga bermanfaat kepada bakal haji bagi mengenal makrifat diri sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci."

Satria ESQ!


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t dizinkan mengikuti Training ESQ 165 bertempat di Flamingo Hotel, Ampang selama dua hari bermula pada 20.Jun.09 sehingga 21.Jun.09 dan dikendalikan oleh Pak Firdaus.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada iluvislam kerana telah memilih kami seramai 9 orang daripada krew iluvislam sebagai kumpulan pertama yang mengikuti training tersebut dan merupakan angkatan kelapan mahasiswa ESQ 165.

Sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan buat sahabat semua. Sepanjang dua hari program ini dijalankan terasa umpama sesaat yang berlalu. Malah sukar untuk ditinggalkan. Kehebatan hari pertama cukup membuatkan saya sukar untuk menikmati hidangan tengahari. Santapan rohani yang diberikan semasa program tersebut membuatkan fizikal saya juga terisi. Itu baru sesi pertama… Bagi sesi kedua pula, ketidaksabaran semakin meningkat. Apa tidaknya… saya dapat rasakan sesi kedua ini pasti ada yang luar biasa bakal saya pelajari. Taniah kepada sahabat yang memperoleh hadiah Mr.Zero. Badan dah la kuning comel lak tu…Tahu tak sahabat… sesiapa sahaja boleh memiliki hadiah. Tak percaya? Jom… daftarkan nama untuk program seterusnya pada 3-5 Julai nanti. Sebenarnya…ada sesuatu saya temui. Nak tahu…ha.. baca dulu bahagian ni sampai habis.

Malam tu kami hadiri Gerakan Moral Asmaulhusna (GeMAH) pada jam 8.30 malam. Pengisian sedikit sama seperti pada sebelah siangnya.Namun kami bersyukur dapat mempelajari nama-nama Allah dan berkenal-kenalan dengan alumni ESQ sambil salam semut. Umh...umh..umh…



Keesokan harinya, merupakan hari terakhir. Kali ini lagi mantap. Maaf sahabat semua… saya betul-betul tak boleh menyembunyikan perasaan ni. Inilah masanya saya kongsikan apa yang saya temui semasa sesi tersebut. Dengar ya…

“Sebelum ini saya sering berdoa kepada Allah dengan penuh yakin agar suatu hari nanti Allah pertemukan saya dengan hamba-hambaNya dalam suasana yang penuh dengan tangisan kerana Allah. Ya..di sini saya temuinya. Allah telah kabulkan doa saya selama ini. Kini saya meminta lagi pada Allah supaya umat Islam di seluruh muka bumi ini tunduk dan patuh hanya kepada Allah. Saya sangat yakin seperti mana Allah telah nyatakan dalam surah An-Nur, 24: 55 yang bermaksud ‘Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik’.

“Ya Allah, andai Engkau izinkan aku hidup kembali di dunia ini izinkan aku membuat kebaikan seperti mana yang telah Engkau perintahkan”. Inilah saat yang paling getir yang pernah saya temui dalam hidup ini. Ia benar-benar terjadi sebagai tarbiyah Allah untuk saya. Saya redha semua ini. Buat sahabat yang mendengarkan luahan hati saya semasa training tersebut saya telah katakan kepada mereka bahawa apabila pulang daripada program ini kucuplah wajah ibu dan ayah kalian kerana kalian semua adalah manusia yang beruntung punya ibu dan ayah. Kalian boleh kongsikan apa sahaja suka duka kalian kepadanya. Lakukanlah sahabat sebagai ganti diri saya kerana saat ini saya sangat rindukan ayah saya. Namun, saya tidak dapat melakukannya. Tapi saya yakin Allah akan pertemukan saya bersama ayah saya disyurga nanti. Tempat pengaduan saya itu hanya satu iaitu Allah. Dialah yang menjaga saya saat saya tiada pergantungan. Bagi saya ibu hanya tempat saya kongsikan kemanisan kehidupan ini bukan derita kehidupan. Saya tinggalkan keluarga jauh dari kehidupan saya untuk saya kenal erti kehidupan dan mengenal kebenaran. Sahabat andai kalian belajar, belajarlah kalian kerana Allah dan kongsikan ilmu yang bermanfaat kepada sekalian umat manusia. Doakan kepada saya untuk terus berjuang mengenal erti kehidupan dan kebenaran.”

Terus pada waktu itu tubuh kecil ini lemah. Lemah bukan bererti kalah tapi saya punya semangat baru bahawa Allah pasti bantu. Saat itu tidak dapat digambarkan bahawa di hati saya tidak putus-putus melaungkan kalimah Allah. Sujud syukur saya kepada Allah sebagai hamba yang tidak memiliki apa-apa melainkan segalanya milik Allah.

Mungkin ada yang bertanya mengapa saya sungguh-sungguh dalam tangisan itu. Kerana kalimah Allah yang digunakan sepanjang program tersebut adalah kalimah Allah yang saya temui semasa saya derita dengan ujian Allah. Apa yang saya rasai semasa penderitaan itu sama dengan apa yang dipersembahkan. Tangisan itu tanda kesyukuran saya yang tidak terhingga kepada pencipta saya yang sangat saya sayangi iaitu Allah. Moga air mata itu nanti yang akan memadamkan kehangatan azab dan panasnya api neraka.

Saya masih ingat dua soalan terakhir yang telah diajukan semasa training tersebut. Pertama, siapa kamu? Kedua, apa yang engkau mahu? Maka bermula dari hati menggerakkan lidah saya untuk berkata bahawa saya adalah hamba Allah yang hina dan yang saya mahukan hanyalah Allah. Itulah persoalan yang sama yang pernah saya alami saat saya derita dengan tarbiyah Allah.

Saya hanya dapat katakan semua ini hikmah dari Allah. Saya syukur kepada-Nya. Perjuangan saya belum selesai kerana biar pun saya tidak dapat melihat kejayaan itu nanti tapi saya tetap berjuang kerana di situ ada manisnya yang penuh dengan janji-janji Allah.

Training ini juga banyak menyumbang kepada kajian saya yang sedang saya lakukan. Merupakan lanjutan daripada projek akhir saya dalam bidang grafik dan teori yang bakal dicipta. Insya-Allah. Sama-sama mendoakan kejayaan ini untuk manfaat semua dan ummah.

Lastly… this is special. U want to know? U must come to training ESQ 165. www.esq.com.my

GO…FIGHT…WIN





“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran”. (Al-Baqarah, 2:186)

“Katakanlah, ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.Dan kembalilah kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,agar jangan ada orang yang mengatakan, ‘Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)’”. (Az-Zumar, 39:53-56)

“Dan mereka berkata ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).’” (Fussilat, 41:5)

“Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan”. (Ali-Imran, 3:186)

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid, 57:16)

‘Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,”. (Al-Hadid, 57:23)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.” (Al-Hasyr, 59:18-19)

“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), (berpaling dari akhirat).” (Al-Anbiya, 21:1)

“Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti. Dan sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka dapat mendengar. Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka berpaling, sedang mereka memalingkan diri. Wahai! Orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksa-Nya.”(Al-Anfal, 8:22)

“Dan sekiranya kami menghendaki nescaya kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya juga. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Al-A’raf, 7:176)

“…Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang soleh.” (Yusuf, 12:101)

Terima kasih dan tahniah kepada sahabat yang telah membaca ruangan ini dari awal hingga ke penghujungnya. Saya mendoakan moga Allah membuka mata hati kalian dengan hikmah dan mengilhamkan di fikiran kalian untuk kalian mengenal makna kehidupan. Contohilah manusia yang terbaik di muka bumi ini iaitu Muhammad kerana dia adalah Rasulmu yang berjuang untuk kita semua sebagai umatnya menjadi seorang muslim yang tunduk, sujud dan berserah diri kepada Allah.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkan lidahku, agar mereka faham pembicaraanku.”

Dari Imam Nawawi di dalam Hadiths 40:
"Hendaklah orang yang hadir daripada kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir."


Fakirlillah
Ukhuwahfillah
Mardhatillah
Insya-Allah

WOW

LOVE MY MUM

Hari ibu adalah setiap hari
tidak hanya satu hari (10 Mei 2009)
kerana tidak pernah pun seorang ibu itu menyambut hari anak
nyata sekali memang tiada di dalam mana-mana kalender di dalam dunia ini
yang menetapkan hari khas untuk anak-anak seluruh dunia
jadi mengapa ya...? hari ibu itu hanya satu hari sedangkan ibu telah berkorban
setiap saat yang dilalui untuk membesarkan kita

Jelasnya di sini bahawa ISLAM itu sendiri telah mendidik setiap insan untuk berkasih sayang sesama manusia.
Antara insan yang paling hampir saat ini adalah seorang permaisuri yang bergelar ibu.

KONVOKESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin-Nya dapat saya menghadirkan diri dalam majlis “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” sebagai wakil iluvislam.com dan bersama sahabat- sahabat dari Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) daerah Pontian pada 9 Mei 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur . Penggerak utama dalam menjayakan majlis tersebut adalah hasil kerjasama daripada Amanpalestin dan PEMBINA. Majlis tersebut turut mengundang tiga ahli panel yang terdiri dairpada Dr. Roslan Mohd Nor, Dr. Azzam Tamimi, dan Assoc. Prof. Dr. Mohsen Saleh.
Sesi pertama disampaikan oleh Dr. Roslan Mohd Nor yang bertajuk “Menyingkap Satu Tragedi Yang Dirancang Rapi”. Melalui penyampaian tersebut dijelaskan bahawa pada tahun 1923 berlakulah kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II. Kejatuhan tersebut disebabkan oleh tiga perkara utama yang terdiri daripada ekonomi, gerakan dalaman dan syeksen Picot Agreement 1916. Suka saya kongsikan kepada sahabat-sahabat bahawa pada tahun 1902, Theodor Hertzl telah bertemu Sultan Abdul Hamid II untuk melakukan rasuah. Antaranya, 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan, membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris, membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank, memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga, dan membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin. Namun, Sultan Abdul Hamid II berjaya menolak tawaran tersebut. Manakala, pada tahun 1917 British mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor menyeru supaya sebuah Negara Yahudi ditubuhkan di Palestin. Saya mengharapkan sahabat-sahabat dapat meluangkan masa untuk membaca artikel yang saya sertakan pada laman ini mengenai “Menyelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 - 1918)” sebagai pemantan kefahaman kita bersama.
Kemudiannya, majlis diteruskan lagi dengan ahli panel kedua iaitu Dr.Azzam Tamimi mengenai pergerakan Zionis. Melalui penyampaian beliau didapati bahawa objektif utama Zionis adalah menahan kebangkitan ummah dan mereka juga percaya bahawa “penyelamat” (Messiah) akan memberikan bantuan di Palestin. Selain itu, beliau juga menyentuh bahawa penyebab utama penghijrahan Yahudi adalah disebabkan oleh Holocaust. Buat sahabat-sahabat yang ingin melihat tayangan mengenai Israel Holocaust bolehlah melayari www.haluanpalestin.com dan klik pada ruangan download. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Insya-Allah.
Alhamdulillah, pada sesi ke-2 merupakan majlis perasmian pembukaan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” 2009. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Setelah selesai perasmian dan ucapan khas daripada Mufti Kerajaan Negeri Perlis, majlis diteruskan dengan menjemput ahli panel Dr. Juanda Jaya yang meyampaikan mengenai Palestin manakala Dr. Mohsen Soleh menyentuh berkaitan dengan “Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan”.
Pada jam 2.00 petang, majlis diteruskan dengan ahli panel Dr. Azzam Tamimi mengenai “Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis”. Beliau mengatakan bahawa terdapat jihad lain yang boleh kita laksanakan antaranya jihad melalui media. Ingin saya kongsikan sekali lagi kepada sahabat semua bahawa ILUVISLAM.COM telah pun menerbitkan buku pertama mengenai “Media dan Islam Beperang atau Berdamai?” hasil ucapan daripada Dr. Zakir Naik. Saya mengharapkan sahabat-sahabat di luar sana dapat memiliki buku tersebut.
Menurut Dr. Azzam Tamimi bahawa:
- Keutamaan jihad adalah JUJUR dan MENGINGATKAN KEBENARAN.
- Beliau juga mengharapkan agar kita semua sentiasa membaca dan mendalami sejarah Palestin serta mengetahui fitrah pergolakkan di negara tersebut. Di England, hanya sebahagian kecil sahaja yang berminat untuk mengetahui isu Palestin. Hal ini kerana cara hidup mereka. Saya berharap ke atas diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar kehidupan kita hari ini tidak mengaburi mata kita untuk menilai dan memahami keadaan saudara SEISLAM kita di Palestin.
- Kita seharusnya menyokong perjuangan bukan pertubuhan.
- Kita mesti teguh memboikot Israel dan sekutunya serta Dr. Azzam Tamimi menyeru kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia untuk menyokong tindakan memboikot.
- Kita perlu besama-sama Turki, Malaysia, Indonesia dan Negara Afrika (Nigeria) yang menentang Israel.
-Simpati adalah suatu perkara, dan berbuat sesuatu hasil simpati adalah sesutu perkara yang lain.
- Kita perlu mempertahankan Palestin daripada persenjataan.
-Berlaku juga penentangan daripada sudut media secara global.
- Kebanyakkan warga US tidak tahu mengenai Palestin. Jika mereka mengetahuinya, mereka akan bersimpati dan membantu.
- Kita harus berkomunikasi dengan dunia pada hari ini dengan menggunakan teknologi yang ada bagi mengetahui perjuangan di Palestin.
- Sebelum anda melelapkan mata malam ini, tanyalah diri anda sendiri apakah yang telah anda lakukan untuk Al-Aqsa?
- Kita boleh menulis, bercakap, sediakan alternative media.
- Internet perlu dilakukan sebaiknya
Manakala menurut Dr. Mohsen Soleh dengan tajuk penyampaiannya “Kebangkitan Islam di Palestin & Status Agenda Zionis Masa Kini” menyatakan bahawa:
- Sejarah Palestin adalah sejarah iman dan jihad dalam mencari redha Allah.
- Mogok terpanjang selama 178 hari berlaku di Palestin.
- Peperangan bermula sebelum penubuhan rejim Israel 1948.
- 78% tanah Palestin di rampas, 531 kampung Palestin dimusnahkan pada tahun 1948.
- Tiada zaman kanak-kanak bagi anak-anak di Palestin.
- 1.5 juta penduduk Palestin tiada makanan namun masih mampu melawan musuh.
- Kita perlu meningkatkan iman dan kekuatan yang lain.
- Petanda kejayaan adalah apabila generasi muslim yang lahir di Palestin tidak takut kepada Israel dan bersedia berkorban demi Allah s.w.t.
- Manusia dan keadaan akan berubah menjadi lebih baik apabila manusia dan generasi dapat berubah.
- Perjuangan ini memerlukan masa yang panjang.
- Roh dan semangat yang kami miliki adalah daripada Allah, Quran dan Sunnah nabi kami.
- Penduduk Islam di Gaza akan menyamai jumlah penduduk di Israel menjelang 2010.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.15 petang majlis selesai dan bersurai.
Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini bahawa, saya meyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain bahawa bersungguh-sungguhlah dalam perkara/ bidang yang diceburi dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pemacu utama kehidupan. Sesungguhnya kita perlu terus berusaha kerana kejayaan sebenar adalah milik Allah s.w.t. dan milik nabi kita Muhammad s.a.w. Sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat semua….dapatkan bahan bacaan….Media dan Islam Berperang atau Berdamai? Oleh Dr. Zakir Naik, Gaza Menangis oleh Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor, Hamas oleh Maslee Malik dan banyak lagi…di pasaran. Moga dengan perkongsian ini dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita bersama dalam menyusuri keperitan dan penderitaan sahabat dan saudara SEISLAM kita di bumi Palestin agar kita terus bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. Insya-Allah.
“Kebangkitan ummah perlukan tumpuan yang serius sama ada berjaya atau tidak.” (Dr. Azzam Tamimi)
“Dan sebahagiam malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah (Muhammad), ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menologku. Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sungguh yang batil itu pasti lenyap. (A-Isra’: 79-81)

Dr. Azzam Tamim

Assoc. Prof. Dr. Mohsen Saleh dan Dr. Azzam Tamimi

Dari Seorang Adik...

Pandangan MATA selalu menipu
Pandangan AKAL selalu tersalah
Pandangan NAFSU selalu melulu
Pandangan HATI itu yang hakiki
KALAU HATI ITU BERSIH

Hati jika sudah bersih
Firasat TEPAT kehendak ALLAH
Tapi hati bila DIKOTORI
Bisikannya bukan lagi kebenaran

HATI tempat jatuhnya pandangan Allah
Utamakanlah pandangan ALLAH dari pandangan manusia

*Mesej yang ana terima dari seorang adik...Saidah namanya
Ana harap kamu sentiasa ingat akan ALLAH. Insya-Allah.

ILUVISLAM.COM

Jangan Curang

Seorang sahabat berkata kepada saya. Jangan curang dalam kehidupan kita ini. Curang? Satu perkataan yang tidak pernah berlegar di fikiran sebelum ini. Jawab sahabat tadi, “Ya, jangan curang dalam kehidupan.”
Sahabat menceritakan kepada saya. Peristiwa berlaku apabila sahabat selesai menguruskan dakwah bersama non_muslim, pada mulanya mereka berdebat tentang kebenaran islam. Alhamdulillah pada tengah hari (5 April 2009) syahadah dilafazkan oleh non_muslim tersebut. Kadang-kadang kita melihat mengapa non_muslim itu baik perilakunya, suka membantu, dan mereka nampak lebih baik daripada kita. Betapa mereka ini benar-benar berusaha untuk kehidupan yang seterusnya. Mereka membuat kebaikan agar dirinya akan ke syurga. Tetapi mana mungkin ia akan ke syurga selagi syahadah tidak dilafazkan darinya.
Berbalik kepada kehidupan kita sebagai umat ISLAM. Kita perlu bersyukur di atas nikmat ISLAM yang ALLAH berikan ini. ALLAH menjanjikan syurga bagi kita. Namun, apakah kita telah bersedia mempersiapkannya? Semua manusia sama, diciptakan ALLAH menjadi khalifah mengabdikan diri hanya kepada-Nya dan saling bertanggungjawab untuk ingat-mengingati dalam kebaikan. ISLAM itu mudah, seandainya setiap insan mengamalkan Al-Quran dan Sunnah, menerima teguran dengan hati yang terbuka, ketidakfahaman tentang ISLAM dipertingkatkan bersama, perbalahan diselesaikan dengan satu kesimpulan yang membawa kita bersama mengukuhkan persaudaraan sesama umat ISLAM, yang muda dan tua saling menghormati dan berkongsi pandangan, nasihat dan teguran tanpa membezakan pangkat darjat dan keturunan, segalanya ini akan membenihkan persaudaran sesama insan sebagai umat ISLAM.
“Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (A-An’am: 165)
Sebenarnya setiap insan di muka bumi ini berada dipenjuru masing-masing. Walau apa pun bidang dan kerjaya yang diceburi, setiap insan bertanggungjawab memainkan peranan menyampaikan kebenaran mengenai ISLAM. Tidak bermakna kebenaran itu disampaikan hanya melalui forum dan ceramah tetapi melalui pengamalan dalam diri setiap insan itu juga menjadi sebahagian daripada saluran menyampaikan kebenaran. Pengamalan pula tidak hanya pada ibadah solat semata-mata, malah meliputi keseluruhannya. Itulah ISLAM bersifat syumul dan sesiapa sahaja berhak memilikinya.
“Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka, tetapi (berkewajiban) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa.” (Al-An’am: 69)
Masya-Allah, sungguh indah hidup ini kerana dikurniakan ALLAH panduan hidup berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Mana mungkin kehidupan ini direncanakan oleh peraturan manusia. Moga kita sama-sama mempertingkatkan lagi ilmu dan pengetahuan mengenai ISLAM serta setiap bidang dan kerjaya yang kita miliki ini sekadar menjadi keperluan dalam meneruskan kehidupan bukan pemacu utama kehidupan. Bersyukurlah selalu dikurniakan ALLAH nikmat ISLAM dan IMAN yang diberikan secara percuma untuk hamba-Nya. Moga kita tidak lagi curang dalam kehidupan.
“Tinggalkan orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, necaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka), disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang medidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (Al-An’am: 70)
Sesungguhnya, amalan kita bukanlah penentu untuk kita ke syurga. Kerana ALLAH berhak menentukannya. Jadi, seandainya terdapat kekurangan, kesalahan dalam penyampaian ini minta diperbetulkan sebagai panduan, pengajaran dan kebaikan bersama. Belajar dan mengajarkan itu perlu dalam kehidupan kerana kita adalah insan yang saling memerlukan dalam memperbaiki diri dan mencari kebenaran. Moga kita sama-sama sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Insya-Allah.
“Ya Allah tunjukanlah kami yang hak sebagai yang hak, dan rezekikanlah kami kepada yang hak itu. Tunjukkanlah kami yang batil sebagai batil, dan rezekikanlah kami kekuatan untuk meninggalkan kebatilan itu.”
Merujuk kepada tulisan Dr. Aidh Bin Abdullah Al Qarni di dalam bukunya yang bertajuk Jagalah Allah...Allah Menjagamu... (m/s 303-304)
Sebahagian ulama’ menyebutkan, bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil bernama Abdullah yang tinggal di sebuah pulau. Setiap hari dia sentiasa beribadah dan beruzlah (mengasingkan diri kepada orang lain). Tatkala Allah mencabut nyawanya setelah 500 tahun beribadah, Allah berfirman kepadanya: “Apakah kamu akan masuk syurga kerana amal perbuatanmu atau dengan rahmatKu?” Lelaki itu menjawab: “ Tentu sekali dengan amalku.” Sebab dia beribadah selama 500 tahun. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai malaikatKu, hitunglah amal ibadahnya dengan ni’mat mata yang Allah berikan kepadanya. Maka mereka pun menghitungnya, lalu mereka mendapati bahawa sembahyang, ibadah dan syukurnya selama 500 tahun itu tidak dapat mengimbangai ni’mat mata yang Allah berikan kepadanya. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Seretlah lelaki ini ka dalam apa neraka.” Maka dia pun berteriak dengan dahsyatnya dan berkata: “Wahai Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam syurga dangan rahmatMu!” Maka Allah merahmati dan memasukkannya ke dalam syurga, mengajar kepadanya bahawa ni’mat-ni’mat Allah itu tidak dapat dihitung meskipun manusia berusaha menghitungnya.
Oleh kerana itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Ash-Shahihain) bersabda yang maksudnya: “Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya melainkan kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: “Dan termasuk engkau juga, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ya, termasuk aku, kecuali Allah menyelimutiku dengan rahmatNya.” (Al-Bukhari, no. 5673 dan Muslim, no.2816)
Kita semua adalah orang-orang yang miskin, bersalah, berbuat dosa, keburukan, kelalaian, dan banyak kekurangan.
Maka kita memohon kepada Allah untuk memberi rahmatNya kepada kita dan memasukkan kita ke dalam syurgaNya, kerana kita tidak mempunyai amalan yang akan menghantarkan kita menuju se syurga kecuali jika Allah merahmati kita.
Wallahu a’lam.
7 April 2009/3.41am

Manisan Kejayaan

Wahai Allah,
Segalanya ujian buat hamba
Insan kerdil ini tidak berupaya tanpa Engkau di sisi-Nya
Kejayaan itu milik-Mu Yang Esa

Hamba tidak punya apa
Hanya mencari redha di dunia yang fana
Mencebis kasih menyusuri penghidupan yang sementara
Merungkai makna kehidupan yang sebenar selagi kudrat masih ada

Insan ini hanya hamba
Hanya meraih setitip redha Sang Pencipta
Biar terkorban bersama luka dan darah
Hambakan bangkit mencari-Mu
Kerana kejayaan sebenar di akhirat sana

Wahai Allah
Jangan Engkau tinggalkan hamba
Keseorangan tanpa arah
Tanpa Engkau siapalah hamba.

WAHAI IMANKU....


"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?" (Muhammad:24)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik." (Al-Hasyr:18-19)

AYUH IMANKU...SAHABAT2 DAN SAUDARA2KU


*Merujuk kepada hadiths 40 (hadiths ke-28_Perkara Wasiat Mengenai Sunah dan Bid'ah)
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan mengatakan hadiths ini hasan lagi sahih.

Rasuluallah memberi nasihat yang merupakan wasiat berisi pengajaran kepada mereka dan kepada sekalian umat islam dengan sabdanya:" Aku berpesan (berwasiat)kepada kamu, iaitu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengarkan serta taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu."

INNAMATTA'ATUFIL MAKRUF (hanya taat itu pada yang baik)

LAKAULA LIAHHADIN MA'A SUNNATI RASULUALLAH S.A.W (tidak ada sebarang perkataan lagi bagi seseorang beserta sunah Rasuluallah s.a.w). Maksudnya: tidak boleh terima perkataan seseorang, jika ternyata perkataan itu berlawanan dengan sunah (hadiths) Rasuluallah s.a.w).

Barangsiapa yang mengetahui satu sunah dari Rasuluallah s.a.w maka tidaklah boleh lagi ia meninggalkan sunah itu, kerana mengikut pendapat orang lain.

MAN AHAZA SUNNATI PAHUWAMINNI, WAMAN RARHIBA AN SUNNATI PALAISAMINNI (barangsiapa mengambil (berpegang) akan sunahku, maka ia daripada aku (daripada umatku). Dan barangsiapa tidak suka daripada sunahku, maka ia bukan daripadaku).

Sabdanya: Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tiada akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka melainkan dengan maksiat (derhaka) sehingga seorang lelaki berdusta dan bersumpah. Apabila telah sampai masa yang demikian itu, maka hendaklah kamu lari (menjauhkan diri). Ditanya kepadanya: Ya Rasuluallah! dan kemana tempat lari? Jawabnya: Kepada Allah ta'ala dan kepada kitabnya dan kepada sunah nabinya)

ALLAH AKAN MEMBELAMU DI AKHIRAT NANTI...TAKBIR...


HAMAS MEMBELA UNTUK UMMAH...

Berkata Pelihara Lidah, Berjalan Pelihara Kaki


*Diambil daripada Hadiths 40 (hadits yang ke-29 Perkara yang Mengenai Amal untuk Masuk Ke Syurga)

Dari Muaz Bin Jabal radiayallah huanhu, katanya: Ya Rasuluallah! Khabarkan kepadaku dgn amal yg memasukkan aku ke syurga dan menjauhi kau dr neraka.

Ia bersabda: Sesungguhnya engaku telah bertanya dr hal perkara yg besar, dan sesungguhnya amatlah mudah atas org yg telah dimudahkan dia oleh Allah untuknya iaitu engkau menyembah Allah tiada engkau mempersekutukan dgn dia akan suatu, dan engkau mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan ramadhan, dan mengerjakan haji di Baituallah.

Kemudian ia bersabda: Tidakkah engkau suka aku tunjukkan kepada engkau pintu2 kebaikan? Iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadam kesalahan sebagaimana air memadam api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.

Kemudian ia membaca ayat yang ertinya "renggang rusuk2 mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian dari apa yg kami kurniakan itu mereka belanjakan. Maka tidak ada jiwa yg mengetahui apa yang disembunyikan bg mereka dari (benda2)penutup mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan."

Setelah itu nabi bersabda lagi: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang2nya dan puncaknya?

Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah.

Sabdanya: Kepala pekerjaan ialah islam, dan tiang2nya ialah sembahyang, dan puncaknya ialah jihad.

Kemudian ia bersabda: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau penguasa bagi yg demikian itu semuanya?

Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah!

Lalu ia memegang lidahnya seraya berkata: Cegahlah ini!

Kataku (Muaz): Ya nabi Allah! dan sesungguhnya kami akan disiksa kerana kami berkata dengannya?

Sabdanya: Ibu engkau kehilangan engkau! dan tidak akan ditelungkupkan (dicampakkan) manusia ke atas muka mereka/ ke atas hidung mereka ke dalam api neraka melainkan kerana hasil tanaman lidah2 mereka.

* Diriwayatkan oleh Altarmizi_Hadiths hasan sahih.

Seimbangkan Kekayaan dunia dan AKHIRAT

Assalamualaikum,
Aku berlindung Dengan Allah Daripada Gangguan Syaitan Yang Terkutuk.
-------------------------------------------------------------------
Penulisan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Beberapa hari ini saya didatangi oleh kenalan2 yang memperkenalkan kepada saya mengenai sesuatu perniagaan yang mereka jalankan. Tujuan saya melontarkan pendapat ini adalah untuk kita sama2 berfikir mengenai sistem perniagaan tersebut.
Dengan tegas saya menyatakan bahawa dalam hidup saya sendiri ada panduan hidup inikan pula menjalankan sesebuah perniagaan. Sudah tentu saya menetapkan garis panduan supaya tidak mudah membuat keputusan yang singkat. Saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang berkaliber, dan bukan pula untuk merendahkan keyakinan diri saya sendiri.
Saya tahu seseorang usahawan perlu berani menanggung risiko tetapi saya musykil kerana kehendak saya untuk mengetahui produk yang ditawarkan tidak dinyatakan secara jelas kepada saya. Malah, jumlah modal yang ingin saya ketahui juga tidak dinyatakan. Perniagaan apakah ini? Selain itu, saya juga terkejut apabila ada yang mengatakan produk tersebut tiada sebarang tarikh luput dan telah diyakini oleh pakar2 dalam produk tersebut.
Peringatan kepada rakan2 sekalian yang terlibat dalam perniagaan ini. Sekiranya tujuan kita untuk kaya atau medapat pulangan modal yang segera itu bukanlah perniagaan yang sebenar. Ya…saya akui pendirian saya yang terlalu berfikir panjang yang boleh menggagalkan masa depan saya. Tapi saya yakin dan percaya bahawa selagi Allah ada di hati saya, saya tidak pernah merasa gagal apatah lagi berputus asa. Kita dikurniakan Allah dengan nikmat akal untuk berfikir. Sekiranya kita berkacamata hanya dengan keuntungan dan kekayaan pastilah kita mampu berbuat apa sahaja. Tapi bagaimana tindakan kita itu sama ada Allah redha ataupun tidak.
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan semangat rakan2 saya yang terlibat dalam perniagaan. Tetapi jika benar kita seorang ahli perniagaan yang sanggup menanggung risiko mengapa tidak modal yang kita ada itu kita laburkan dalam perusahaan kita sendiri. Maksud saya kita buka syarikat kita sendiri. Mengapa tidak begitu?
Rakan2 sekalian, jangan anda mudah terpedaya dengan kesahihan penyelidikan ke atas produk yang ditawarkan. Dah terbuktikan? Bahawa produk tersebut tiada tarikh luput. Apa tujuan sebenar kita menjalankan perniagaan tersebut? Jangan terlalu cepat kita membuat keputusan. Jika benar anda seorang yang jujur dalam perniagaan buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda berani membawa produk tersebut kepada Persatuan Pengguna yang diyakini. Saya menyarankan anda menghubungi Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 10 Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang, Malaysia. Atau ditalian 04-8299511. Faks 04-2828106.
“ (Cahaya itu) di rumah-ruamah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang, orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (hari kiamat), (mereka melakukan itu) agar Allah memberi balasan kepada mereka denga yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Dia menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa batas.” (An-Nur36-38)
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al-Fatihah:6-7)

1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
2. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
3. Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin,
bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
4. Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,
ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.( Maksud hadis ).
5. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Fakirlillah Ukhuwahfillah Mardhatillah Insya-Allah.

* Bersambung di bawah

Soal Jawab Bersama Dr.Danial Zainal Abidin

Assalamu’alaikum
Saya Syahren bertugas di Sabah, ingin mengajukan soalan berkenaan duit yang diperolehi daripada pelaburan. Kawan saya ada bagitau bahawa ada satu syarikat yang menawarkan pelaburan yang membolehkan pelabur meraih RM 400.00 sebulan secara tetap selama 20 bulan apabila pelabur melabur sejumlah RM 5000.00. RM 400.00 tersebut boleh diambil setiap bulan jika mahu. Oleh itu dalam jangka masa 20 bulan, pelabur akan mendapat RM 400.00 x 20 bulan = RM 8000.00 & ditambah dengan duit pelaburan asal iaitu RM 5000.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM 13,000.00. Apabila syarikat ditanya adakah RM 400.00 tersebut riba sebab pelabur mendapat RM 400.00 tersebut secara tetap, bukannya berdasarkan hasil pembahagian keuntungan syarikat tersebut. Jawapan yang diperolehi adalah RM 400.00 tersebut diberi oleh syarikat kepada pelabur sebagai hadah atau hadiah & akan tetap setiap bulan selama 20 bulan walaupun syarikat tersebut mengalami kerugian. Sama ada syarikat tersebut betul atau tipu itu perkara kedua & saya akan berhati-hati.
Soalan saya adakan RM400.00 tersebut dikira riba atau adakah konsep hadah boleh dipakai sebab kebanyakan pelabur yang diketahui adalah daripada golongan yang arif agama.
Sekian terima kasih
Jangan tertipu dengan serban, jubah, janggut, celak atau gelaran ustaz dan ustazah apatah lagi berdepan dengan isu-isu baru berkaitan dengan pelaburan dan syariah. Memang terdapat ustaz dan ustazah yang terbabas dalam aspek ini disebabkan mereka bukan pakar syariah dalam aspek ini.
Daripada soalan anda, model pelaburan yang anda ceburi menuntut anda membayar RM5000.00 wang pendahuluan untuk pelaburan. Dengan pelaburan itu anda diberi jaminan mendapat pulangan RM400.00 setiap bulan selama 20 bulan, iaitu berjumlah 8000.00. Tambahan daripada itu wang pelaburan asal berjumlah RM5000.00 dikembalikan. Justeru dengan pelaburan RM5000.00 anda diberi jaminan memdapat RM13,000.00 dalam masa 20 bulan. Untuk menghalalkan pelaburan itu mereka menamakan wang yang diberikan itu sebagai hadiah. Dari penggunaan kalimat ini pun sudah mendatangkan keraguan kerana pada asalnya disebutkan wang pemberian anda kepada syarikat sebagai pelaburan dan jika pelaburan pulangan yang anda peroleh mestilah beradasarkan konsep untung rugi dan bukannya hadiah dan pulangan tetap…. Pulangan tetap dalam bahasa Inggeris diistilahkan sebagai FIXED RETURN.
Pelaburan ini mengingatkan saya kepada ’syarikat’ EAINDEX. ‘Syarikat’ ini menyebut di laman webnya, “EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from inception”.
Syarikat ini memberikan satu pulangan tetap atau FIXED RETURN kepada pelabur-pelaburnya. Inilah yang dikatakan Riba kerana pelaburan yang diiktiraf Islam tidak menjamin keuntungan dan pihak pengurusannya tidak boleh membuat sebarang janji untuk memberi keuntungan itu. Pemberian pulangan tetap ini menjadikan pelaburan ini tidak sah sekali gus haram. (Sila rujuk Bada’i as-Sonai’, Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)
Berhubung dengan isu ini, Majlis Penasihat Shariah Dunia (AAOIFI) memfatwakan, “Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu”. (Al-Ma’ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240). Ia selari dengan sabda nabi yang bermaksud, “(Bagi mendapatkan) keuntungan mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”. (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
Sehubungan dengan ini, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang bersidang pada 29 Januari 2007 memfatwakan (Fatwa Bil: 2/ 2007), “Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
a) Menawarkan pulangan tetentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
b) Tiada penjualan barang yang sebenar
c) Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar”.
Jauhilah daripada pelaburan yang haram.
Dr Danial

* Bersambung di bawah

Hukum MLM oleh JAKIM

Hukum MLM. Jawapan JAKIM.
www.iluvislam.com
Oleh : Pegawai Pehubungan Awam JAKIM*
Editor : Almusafirq8
Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.



Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal (atas bawah) mahupun horizontal (kiri kanan) ataupun gabungan antara keduanya.
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.
Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.
Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai".
Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.
Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.



Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (Downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada di level atas mereka.

* Artikel ini adalah jawapan kepada Aduan Awam oleh Pegawai Perhubungan Awam JAKIM yang disunting daripada laman www.zaharuddin.net