WAHAI IMANKU....


"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?" (Muhammad:24)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik." (Al-Hasyr:18-19)

AYUH IMANKU...SAHABAT2 DAN SAUDARA2KU


*Merujuk kepada hadiths 40 (hadiths ke-28_Perkara Wasiat Mengenai Sunah dan Bid'ah)
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan mengatakan hadiths ini hasan lagi sahih.

Rasuluallah memberi nasihat yang merupakan wasiat berisi pengajaran kepada mereka dan kepada sekalian umat islam dengan sabdanya:" Aku berpesan (berwasiat)kepada kamu, iaitu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengarkan serta taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu."

INNAMATTA'ATUFIL MAKRUF (hanya taat itu pada yang baik)

LAKAULA LIAHHADIN MA'A SUNNATI RASULUALLAH S.A.W (tidak ada sebarang perkataan lagi bagi seseorang beserta sunah Rasuluallah s.a.w). Maksudnya: tidak boleh terima perkataan seseorang, jika ternyata perkataan itu berlawanan dengan sunah (hadiths) Rasuluallah s.a.w).

Barangsiapa yang mengetahui satu sunah dari Rasuluallah s.a.w maka tidaklah boleh lagi ia meninggalkan sunah itu, kerana mengikut pendapat orang lain.

MAN AHAZA SUNNATI PAHUWAMINNI, WAMAN RARHIBA AN SUNNATI PALAISAMINNI (barangsiapa mengambil (berpegang) akan sunahku, maka ia daripada aku (daripada umatku). Dan barangsiapa tidak suka daripada sunahku, maka ia bukan daripadaku).

Sabdanya: Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tiada akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka melainkan dengan maksiat (derhaka) sehingga seorang lelaki berdusta dan bersumpah. Apabila telah sampai masa yang demikian itu, maka hendaklah kamu lari (menjauhkan diri). Ditanya kepadanya: Ya Rasuluallah! dan kemana tempat lari? Jawabnya: Kepada Allah ta'ala dan kepada kitabnya dan kepada sunah nabinya)

ALLAH AKAN MEMBELAMU DI AKHIRAT NANTI...TAKBIR...


HAMAS MEMBELA UNTUK UMMAH...

Berkata Pelihara Lidah, Berjalan Pelihara Kaki


*Diambil daripada Hadiths 40 (hadits yang ke-29 Perkara yang Mengenai Amal untuk Masuk Ke Syurga)

Dari Muaz Bin Jabal radiayallah huanhu, katanya: Ya Rasuluallah! Khabarkan kepadaku dgn amal yg memasukkan aku ke syurga dan menjauhi kau dr neraka.

Ia bersabda: Sesungguhnya engaku telah bertanya dr hal perkara yg besar, dan sesungguhnya amatlah mudah atas org yg telah dimudahkan dia oleh Allah untuknya iaitu engkau menyembah Allah tiada engkau mempersekutukan dgn dia akan suatu, dan engkau mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan puasa bulan ramadhan, dan mengerjakan haji di Baituallah.

Kemudian ia bersabda: Tidakkah engkau suka aku tunjukkan kepada engkau pintu2 kebaikan? Iaitu puasa itu adalah perisai, dan sedekah itu memadam kesalahan sebagaimana air memadam api, dan sembahyang seorang lelaki pada pertengahan malam.

Kemudian ia membaca ayat yang ertinya "renggang rusuk2 mereka dari tempat tidur dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian dari apa yg kami kurniakan itu mereka belanjakan. Maka tidak ada jiwa yg mengetahui apa yang disembunyikan bg mereka dari (benda2)penutup mata, sebahagian balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan."

Setelah itu nabi bersabda lagi: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau kepala pekerjaan dan tiang2nya dan puncaknya?

Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah.

Sabdanya: Kepala pekerjaan ialah islam, dan tiang2nya ialah sembahyang, dan puncaknya ialah jihad.

Kemudian ia bersabda: Adakah engkau suka aku khabarkan kepada engkau penguasa bagi yg demikian itu semuanya?

Kataku (Muaz): Baiklah ya Rasuluallah!

Lalu ia memegang lidahnya seraya berkata: Cegahlah ini!

Kataku (Muaz): Ya nabi Allah! dan sesungguhnya kami akan disiksa kerana kami berkata dengannya?

Sabdanya: Ibu engkau kehilangan engkau! dan tidak akan ditelungkupkan (dicampakkan) manusia ke atas muka mereka/ ke atas hidung mereka ke dalam api neraka melainkan kerana hasil tanaman lidah2 mereka.

* Diriwayatkan oleh Altarmizi_Hadiths hasan sahih.

Seimbangkan Kekayaan dunia dan AKHIRAT

Assalamualaikum,
Aku berlindung Dengan Allah Daripada Gangguan Syaitan Yang Terkutuk.
-------------------------------------------------------------------
Penulisan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Beberapa hari ini saya didatangi oleh kenalan2 yang memperkenalkan kepada saya mengenai sesuatu perniagaan yang mereka jalankan. Tujuan saya melontarkan pendapat ini adalah untuk kita sama2 berfikir mengenai sistem perniagaan tersebut.
Dengan tegas saya menyatakan bahawa dalam hidup saya sendiri ada panduan hidup inikan pula menjalankan sesebuah perniagaan. Sudah tentu saya menetapkan garis panduan supaya tidak mudah membuat keputusan yang singkat. Saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang berkaliber, dan bukan pula untuk merendahkan keyakinan diri saya sendiri.
Saya tahu seseorang usahawan perlu berani menanggung risiko tetapi saya musykil kerana kehendak saya untuk mengetahui produk yang ditawarkan tidak dinyatakan secara jelas kepada saya. Malah, jumlah modal yang ingin saya ketahui juga tidak dinyatakan. Perniagaan apakah ini? Selain itu, saya juga terkejut apabila ada yang mengatakan produk tersebut tiada sebarang tarikh luput dan telah diyakini oleh pakar2 dalam produk tersebut.
Peringatan kepada rakan2 sekalian yang terlibat dalam perniagaan ini. Sekiranya tujuan kita untuk kaya atau medapat pulangan modal yang segera itu bukanlah perniagaan yang sebenar. Ya…saya akui pendirian saya yang terlalu berfikir panjang yang boleh menggagalkan masa depan saya. Tapi saya yakin dan percaya bahawa selagi Allah ada di hati saya, saya tidak pernah merasa gagal apatah lagi berputus asa. Kita dikurniakan Allah dengan nikmat akal untuk berfikir. Sekiranya kita berkacamata hanya dengan keuntungan dan kekayaan pastilah kita mampu berbuat apa sahaja. Tapi bagaimana tindakan kita itu sama ada Allah redha ataupun tidak.
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan semangat rakan2 saya yang terlibat dalam perniagaan. Tetapi jika benar kita seorang ahli perniagaan yang sanggup menanggung risiko mengapa tidak modal yang kita ada itu kita laburkan dalam perusahaan kita sendiri. Maksud saya kita buka syarikat kita sendiri. Mengapa tidak begitu?
Rakan2 sekalian, jangan anda mudah terpedaya dengan kesahihan penyelidikan ke atas produk yang ditawarkan. Dah terbuktikan? Bahawa produk tersebut tiada tarikh luput. Apa tujuan sebenar kita menjalankan perniagaan tersebut? Jangan terlalu cepat kita membuat keputusan. Jika benar anda seorang yang jujur dalam perniagaan buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda berani membawa produk tersebut kepada Persatuan Pengguna yang diyakini. Saya menyarankan anda menghubungi Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 10 Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang, Malaysia. Atau ditalian 04-8299511. Faks 04-2828106.
“ (Cahaya itu) di rumah-ruamah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang, orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (hari kiamat), (mereka melakukan itu) agar Allah memberi balasan kepada mereka denga yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Dia menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa batas.” (An-Nur36-38)
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al-Fatihah:6-7)

1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
2. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
3. Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin,
bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
4. Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,
ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.( Maksud hadis ).
5. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Fakirlillah Ukhuwahfillah Mardhatillah Insya-Allah.

* Bersambung di bawah

Soal Jawab Bersama Dr.Danial Zainal Abidin

Assalamu’alaikum
Saya Syahren bertugas di Sabah, ingin mengajukan soalan berkenaan duit yang diperolehi daripada pelaburan. Kawan saya ada bagitau bahawa ada satu syarikat yang menawarkan pelaburan yang membolehkan pelabur meraih RM 400.00 sebulan secara tetap selama 20 bulan apabila pelabur melabur sejumlah RM 5000.00. RM 400.00 tersebut boleh diambil setiap bulan jika mahu. Oleh itu dalam jangka masa 20 bulan, pelabur akan mendapat RM 400.00 x 20 bulan = RM 8000.00 & ditambah dengan duit pelaburan asal iaitu RM 5000.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM 13,000.00. Apabila syarikat ditanya adakah RM 400.00 tersebut riba sebab pelabur mendapat RM 400.00 tersebut secara tetap, bukannya berdasarkan hasil pembahagian keuntungan syarikat tersebut. Jawapan yang diperolehi adalah RM 400.00 tersebut diberi oleh syarikat kepada pelabur sebagai hadah atau hadiah & akan tetap setiap bulan selama 20 bulan walaupun syarikat tersebut mengalami kerugian. Sama ada syarikat tersebut betul atau tipu itu perkara kedua & saya akan berhati-hati.
Soalan saya adakan RM400.00 tersebut dikira riba atau adakah konsep hadah boleh dipakai sebab kebanyakan pelabur yang diketahui adalah daripada golongan yang arif agama.
Sekian terima kasih
Jangan tertipu dengan serban, jubah, janggut, celak atau gelaran ustaz dan ustazah apatah lagi berdepan dengan isu-isu baru berkaitan dengan pelaburan dan syariah. Memang terdapat ustaz dan ustazah yang terbabas dalam aspek ini disebabkan mereka bukan pakar syariah dalam aspek ini.
Daripada soalan anda, model pelaburan yang anda ceburi menuntut anda membayar RM5000.00 wang pendahuluan untuk pelaburan. Dengan pelaburan itu anda diberi jaminan mendapat pulangan RM400.00 setiap bulan selama 20 bulan, iaitu berjumlah 8000.00. Tambahan daripada itu wang pelaburan asal berjumlah RM5000.00 dikembalikan. Justeru dengan pelaburan RM5000.00 anda diberi jaminan memdapat RM13,000.00 dalam masa 20 bulan. Untuk menghalalkan pelaburan itu mereka menamakan wang yang diberikan itu sebagai hadiah. Dari penggunaan kalimat ini pun sudah mendatangkan keraguan kerana pada asalnya disebutkan wang pemberian anda kepada syarikat sebagai pelaburan dan jika pelaburan pulangan yang anda peroleh mestilah beradasarkan konsep untung rugi dan bukannya hadiah dan pulangan tetap…. Pulangan tetap dalam bahasa Inggeris diistilahkan sebagai FIXED RETURN.
Pelaburan ini mengingatkan saya kepada ’syarikat’ EAINDEX. ‘Syarikat’ ini menyebut di laman webnya, “EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from inception”.
Syarikat ini memberikan satu pulangan tetap atau FIXED RETURN kepada pelabur-pelaburnya. Inilah yang dikatakan Riba kerana pelaburan yang diiktiraf Islam tidak menjamin keuntungan dan pihak pengurusannya tidak boleh membuat sebarang janji untuk memberi keuntungan itu. Pemberian pulangan tetap ini menjadikan pelaburan ini tidak sah sekali gus haram. (Sila rujuk Bada’i as-Sonai’, Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)
Berhubung dengan isu ini, Majlis Penasihat Shariah Dunia (AAOIFI) memfatwakan, “Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu”. (Al-Ma’ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240). Ia selari dengan sabda nabi yang bermaksud, “(Bagi mendapatkan) keuntungan mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”. (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
Sehubungan dengan ini, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang bersidang pada 29 Januari 2007 memfatwakan (Fatwa Bil: 2/ 2007), “Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
a) Menawarkan pulangan tetentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
b) Tiada penjualan barang yang sebenar
c) Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar”.
Jauhilah daripada pelaburan yang haram.
Dr Danial

* Bersambung di bawah

Hukum MLM oleh JAKIM

Hukum MLM. Jawapan JAKIM.
www.iluvislam.com
Oleh : Pegawai Pehubungan Awam JAKIM*
Editor : Almusafirq8
Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.



Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal (atas bawah) mahupun horizontal (kiri kanan) ataupun gabungan antara keduanya.
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.
Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.
Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai".
Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.
Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.



Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (Downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada di level atas mereka.

* Artikel ini adalah jawapan kepada Aduan Awam oleh Pegawai Perhubungan Awam JAKIM yang disunting daripada laman www.zaharuddin.net

Doa Taubat


Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung. Ya Tuhan kami, kami terlanjur berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, pastilah kami ini tergolong orang yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang baik. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim. Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya, baik yang halus mahupun yang kasar, yang nyata dan yang tersembunyi. Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan aniaya yang banyak lagi besar, padahal tidak ada yang dapat mengampuni dosaku selain Engkau, kerana itu ampunilah segala dosaku dengan ampunan dari hadirat-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Amin, Amin, Amin, Ya Rabbala'lamin. Insya-Allah.

If Now I Happy


If now I happy I must remember before this I sad
If now I success I must remember before this I failed
If now I clever I must remember before this I stupid
If now I rich I must remember before this I poor
If now I strength I must remember before this I weak
If now I healthy I must remember before this I sick
But…
Tomorrow its difference
Tomorrow its new life
Tomorrow maybe died
Tomorrow not same today
Only one not change
What?
This is Islam
Thanks for Allah
Give me heart for to feel
Give me brain for to think
Give me eye for to see
Give me Quran for to read and to understand and practice
Give me Hadiths for to life guide
Now…
I want to desire see Muhammad s.a.w.
Thank you Allah
Thank you Allah
Thank you Allah

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (Ali-Imran:142)-----------------------------------------------------------------------------------
Dihasilkan pada: 22.01.09_11.09pm
-----------------------------------------------------------------------------------
p/s: Boleh dicetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan komersial.

PEMINJAMAN BUKU DISEDIAKAN

Kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan (meminjam) pelbagai jenis buku daripada saya bolehlah menghubungi saya ditalian seperti berikut:
017-7257347 / surinah7@yahoo.com

"Sungguh, bukti-bukti yang nyata telah datang dari Tuhanmu. Barangsiapa (melihat kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka dialah yang rugi. Dan aku (Muhammad) bukanlah penjaga(mu)." (Al-An'am:104)

Kisah Paderi Memeluk Islam


Yusuf Estes
Bekas Pengkhutbah Kristian dan Ahli Perniagaan (Amerika Syarikat)

Pesanan daripada beliau:
Bagi anda yang sedang mencari kebenaran, saya cadangkan anda ikutlah sembilan langkah di bawah ini bagi membersihkan hati.
1. Bersihkan fikiran, hati dan jiwa. Buangkan semua prejudis dan berat sebelah.
2. Berterima kasih kepada Tuhan atas apa yang anda miliki pada setiap hari.
3. Baca satu naskah terjamahan Al-Quran yang baik dalam bahasa yang anda fahami.
4. Renungkan maksudnya dan lihatlah kekayaan Allah.
5. Mohon keampunan dari Tuhan dan belajar memaafkan kesalahan orang lain.
6. Mohon bimbingan Tuhan dengan hati yang tulus ikhlas.
7. Buka hati dan minda anda.
8. Teruskan melakukan langkah2 ini selama beberapa bulan.
9. Elakkan hati anda daripada diracuni kejahatan sewaktu anda menunggu dibangkitkan
semula.

p/s: Maklumat ini diperoleh daripada buku yang bertajuk Kisah2 Paderi Memeluk Islam (kandungan pertama, halaman 16).

Semarak Semangat Generasi Muda



Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Rabu, 05 April 2006 @ 10:16:29
Topik: Umum
Oleh: Esqandar Mazri Shaari (Faris_Ahlamiyy)
--------------------------------------------------------------------------------
p/s dpd Surinah Abdullah: Bacalah artikel ini sehingga tamat. Apa yang saya harapkan moga kita sama2 berusaha untuk melahirkan generasi remaja yang mempunyai keperibadian seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Insya-Allah.
--------------------------------------------------------------------------------
Suatu ketika dahulu, Islam mampu melebarkan sayap empayar di bumi Andalusia. Catatan historis ini dinukil di dalam sejarah Islam sebagai keagungan aspirasi taghyir (kemasyhuran) pemerintahan Khilafah Islamiyyah paling berjaya selepas zaman Khulafa’ lah-Rasyidin.

Ketika itu Eropah sangat susah untuk ditumbangkan kerana tamadunnya telah mencapai aras kebangunan peperangan yang terlalu tinggi, mencakupi taktik & strategi peperangan, akomodasi persenjataan dan sokongan dari pelbagai arah tamadun sekitarnya. Namun atas keizinan dari percaturan Maha Hebat Allah SWT, Islam berjaya dibuka dan diperkembang dengan luas.

Tercatat juga dalam rentetan sejarah tersebut wira yang bertanggungjawab melaksanakan taklif (amanah) ini, yang pasti kelicikan fikirannya, kekuatan semangatnya, ketundukan pada menyelesaikan taklif ini telah dilaksanakan dengan begitu sempurna, atau bicara lainnya panglima yang mengepalai armada tentera-tentera Islam untuk menakluki Kota Sepanyol.

Beliau ialah Sultan Muhammad al-Fateh. Pada seawal usia 18 tahun Sultan Muhammad al-Fateh telah dilantik sebagai panglima penggempur ke Andalusia. Armada yang terdiri dari ratusan kapal perang telah dibakar supaya semangat tentera-tentera Islam tidak luntur bahkan tidak berkesempatan untuk mengundur diri. Saat ketikanya sebelum peperangan, dikumpulkan kesemuanya lantas bertanya Sultan Muhammad al-Fateh kepada tentera-tenteranya;
“Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu?” Maka terduduklah hampir sebahagian tentera-tenteranya, hanya beberapa ribu yang tampil kehadapan.

Lalu dari kelompok ribuan ini dipertanyakan persoalan selanjutnya; “Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib?” Nyata persoalan ini menapis hampir keseluruhan dari ribuan tadi, yang tinggal hanya beberapa ratus sahaja. Sehingga akhirnya diajukan persoalan terakhir; “Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan qiyamullail?” Suasana hening dan sepi sebentar, lantas kesemua ratusan tentera tadi berundur, duduk dan tertunduk keinsafan.

Berdirilah Sultan Muhammad al-Fateh seorang diri menghadap ribuan tenteranya. Lalu peperangan dimulai dan Sultan Muhammad al-Fateh mara di barisan paling hadapan, bersedia untuk menggempur Kota Sepanyol, menerima panahan dari tentera-tentera Rom untuk membuka empayar Islam di Andalusia.
Menganjak nahdah (kebangkitan) generasi muda zaman ini yang telah cair dan hilang jati diri, matlamat dan prospek kehidupan adalah terlalu sukar kerana mereka enak berada di dalam zon yang terlalu selesa. Kesan dari globalisasi telah mewujudkan imperialisme pemikiran dan budaya, sehinggakan budaya keMelayuan Nusantara sendiri telah disanggah dan dinafikan, apatah lagi pencernaan sikap dan sifat mulia muslim seolah-olah hari ini dipandang sesuatu yang jelik dan ganjil.

Lantas generasi muda lesu dan disibukkan dengan keseronokan melampau sehingga segala pertimbangan dibuat atas dasar pengaruh yang santai. Inilah belenggu kongkongan mentaliti yang mesti dipecah, diberi vaksin penyembuh kesedaran bahawa mereka adalah tunggak pengharapan yang bakal menerajui negara kelak. Generasi muda hari ini dilihat gagal memajukan diri, membentuk suasana sirna, menguasai dan menghadami ilmu dan kemahiran, meneladani sejarah silam Tanah Air, menghayati suruhan dan batasan agama dan menghormati budaya.

Prof. Syed Hussein al-Attas menyifatkannya sebagai penyakit perhambaan mentaliti (the captive mind) yang menghambat kemajuan ummah. Kerunsingan sepatutnya timbul adakah generasi muda hari ini benar-benar mampu menjinjing tamadun Melayu Islam Nusantara untuk terus kekal sebagai tamadun yang wibawa. Sedangkan lintasan kejatuhan tamadun-tamadun terdahulu disebabkan oleh keadaan dan sifat generasi mudanya yang semakin kikis.

Memang telah nyata generasi pelanjut sesuatu tamadun jika diabaikan akan memutuskan kesinambungan tamadun dan terkubur sebagai tamadun yang telah lenyap. Allah SWT telah memberi amaran di dalam tanzil ayatnya yang berbunyi;
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah keadaan diri mereka.”

Sebahagian para mufassirin ada yang melontarkan penulisan bahawa mengubah keadaan itu sama maksudnya juga mengubah hati, jiwa dan fikiran. Mengubah keadaan hati dari amarah kepada taqwa, mengubah keadaan jiwa dari lesu kepada bangkit dan mengubah keadaan pemikiran dari jahil kepada ilmu. Dalam konteks generasi muda hari ini, ketiga-tiga elemen perubahan di atas tidak berlaku sekata, kerana itu kedapatan bermacam-macam masalah dan krisis dikaitkan dengan mereka. Dari gagal di dalam pelajaran, menjadi sampah masyarakat, terjebak dengan kehinaan, mengambil sesuatu yang tidak bermanfaat, ekspresi jiwa yang kecil dan penakut sehinggalah tidak terbentuk adab kesantunan budaya Melayu dan melanggar syari’at Allah SWT.

Sultan Muhammad al-Fateh adalah sebahagian dari ratusan generasi muda yang diangkat di dalam sejarah kerana berjaya memakmurkan pembawaannya. Justifikasi yang harus dinilai bahawa tokoh-tokoh muda yang dirakam dalam sejarah dunia sangat memiliki sifat-sifat agung sebagai seorang penjana dan penggerak kebangkitan. Tokoh-tokoh muda Islam berjaya mengadaptasi Islam kepada suasana dan masyarakat, tokoh-tokoh muda nasionalis berjaya membakar semangat juang negara dan tokoh-tokoh muda cendiakawan berjaya mempelopori dan mengamali ilmu.

Kesemua menghasilkan sesuatu yang memberi kermanfaatan sama ada perolehan untuk diri, ummah, agama, negara dan ilmu. Mereka tahu dan sedar peranan dicampakkan di dalam persekitaran disekelilingnya sehingga akhirnya mampu menggerakkan perubahan dan pembaharuan. Mekanisme paling berkesan membentuk tokoh-tokoh muda sebegitu adalah agama, diikuti oleh ilmu.

Generasi muda hari ini belum cukup kondusif dan komprehensif dengan kefahaman sempurna terhadap Islam sebagai agama dan belum cukup iltizam dan dominan mengungguli ilmu sebagai adab. Menjelang alaf baru pula, generasi muda ditimpa dengan krisis besar, azmah al-ummah (kepincangan ummah) yang sungguh mencabar. Generasi muda menghadapi krisis nilai, krisis akhlak, krisis ekonomi, krisis sosial dan krisis ilmu bahkan mudah tersungkur di antara salah satu krisis-krisis tersebut. Hendaklah ada di dalam jiwa generasi muda hari ini akan kebimbangan yang berat terhadap generasi seusianya yang terjerumus ke lembah kekalutan dan kehinaan.

Sungguhpun ada kebimbangan tetapi tiada proses pembaikan maka persekitaran akan semakin berat untuk dijana perubahan.
Semarak semangat generasi muda seperti Sultan Muhammad al-Fateh adalah teradun dengan beberapa keunggulan sebagai seorang yang matang. Generasi muda harus mengenalpasti dan menjauhi perkara-perkara bersifat kelesuan dan santai untuk membiasakan diri kental terhadap sebarang permasalahan. Mereka mesti berpandangan jauh, menyusun prospek dan matlamat dengan sempurna seterusnya melaksanakan tanpa jemu.

Konotasi inilah yang meruntun pembesaran jiwa generasi muda, mereka mampu berdiri sendiri dan mampu pula mengubah suasana dan membentuk trendsetting kepada perbaikan jika dicampakkan ke sesuatu tempat dan keadaan. Ringkas kata generasi muda adalah sebagai jurubicara masyarakat dan ummah, dirinya mampu mengasimilasi dan mengadaptasi Islam kepada persekitaran sekeliling. Harus juga diwaspadakan bahawa impak keberadaan di dalam zon yang terlalu selesa telah melahirkan generasi muda yang lepas tangan, mereka semacam telah dijangkiti sindrom talk but no action; hebat merencana penuh strategis, tajam bicaranya dan lebih mengetengahkan peribadi seorang advokasi iaitu hanya pandai memberi komentar tetapi gagal menunjukkan aksi dan perbuatan terhadap apa yang dilontarkannya.

Inilah penyakit kritikal segenap generasi muda, tidak mahu mengambil bahagian terhadap membina kebangkitan perubahan, hanya senang sebagai pemerhati dan pak turut. Lantas senang melalaikan diri dengan perkara yang bukan-bukan dan tiada kemanfaatan kepada umum. Ayuh generasi muda, bangkitlah semarak semangat untuk memulihkan kembali segala yang telah lesu.-Kerana Tuhan Untuk Manusia-

Hanya Meminjam

Allah Maha Besar… kebesaranNya mengatasi segalanya. Dan segala yang dimiliki hamba-hambaNya saat ini bukanlah milik yang kekal. Hambanya hanya meminjam…sampai masaNya nanti pinjaman itu dipulangkan. Pinjaman yang melimpah-ruah, tidak terhingga, tidak mungkin dapat dibilang apatah lagi dibalas setimpal dengan usia hambaNya. Dia Maha Mengetahui…Tahu segala yang ada di hati hambaNya. Andai hambaNya lalai…tarbiahNya hadir di hati.

“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun terhadap orang-orang yang bertaubat” (kepadaNya). (Al-Israak:25)

Tuhan…… hidup ini sangat indah apabila bersamaMu. Walau pelbagai ujian datang namun tarbiahMu ya Allah cukup sempurna. Engkau adalah tempat pengaduan yang sebenar walau tidak terlihat oleh mata, namun ketenangan itu hadir. Sesungguhnya tiada berdaya hambanya mencari ketenangan melainkan dengan izinNya.

Maha Suci Allah. Dia Yang Satu.

p/s: Boleh dicetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan komersial.

Aku Mencari Jalan Ini

Aku mencari-cari jalan ini
Yang aku sendiri tidak pasti ke manakah aku akan pergi
Mungkin ke depan mungkin ke belakang atau pada jalan-jalan biasa
Yang mungkin juga boleh membawa kapada kejayaan atau juga kealpaan
Jika aku singkap perjalan ini ia suatu yang manis
Walau pahit menguji jiwa dan rasa
Saat-saat gentir dalam pertempuran ujian itu hampir sahaja menghunus nyawa
Longlai tak bermaya
Namun kudrat dan nikmat yang Dia berikan membolehkan terus bernafas saat ini
Entah bila aku tidak pernah pasti nyawa ini akan pergi menghadap Ilahi
Kerana itulah kesetiaannya kehidupan pasti ada kematian
Aku semakin kebingungan tentang hal-hal dunia
Sampai bila aku harus begini menghabiskan sisa-sisa usiaku
Terbengkalai dalam recam keduniaan
Memburu sebuah pengharapan yang hanya pinjaman
Sebagai ladang-ladang menyemai benih keimanan
Membajai pohon keislaman dalam membuahkan manisan ketakwaan
Menyirami waris-waris dunia agar tunduk dan patuh pada perintah-Nya
Membenam keegoaan dan membangkit keupayaan untuk terus mencari redha-Nya
Selagi nyawa masih bernadi
Ujian tetap dilalui dalam membenarkan erti kehambaan
Mengajar erti kejujuran pada Yang Maha Tahu
Membuktikan bahawa aku hanya hamba yang banyak leka


p/s: Boleh dicetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan komersial.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh. sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat:33)

And who is batter in speech than he who [says: "My Lord is Allah (believe in His Oneness )," and then stand firm (acts upon His Oder) and] invites (men) to Allah's (Islamic Monotheism), and does righteous deeds, and says: I am one of the Muslims."
(Fussilat:33)

Ini gambar time g Perak sempena program TERAS_LASAK
masa tu dalam bas
pada mulanya nampak imej seperti manusia
tapi...
semalam (23.01.09)
baru perasan seolah-olah ada kalimah Allah
(dalam bulatan merah)
MASYA-ALLAH
*peringatan untuk tatapan anda semua
bahawa kita tidak hanya melihat kepada
keajaiban ciptaan Allah tapi...
kita hendaklah mengamalkan apa yang telah
ditetapkan di dalam Quran dan Hadith

"Dan sungguh, Al-Quran itu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al-Ma'arij:48)

p/s: Tidak dibenarkan mencetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali
untuk tujuan komersial.


Gambar ni di ambil masa cuti sebelum memasuki
semester ke-2 final year.
lebih kurang jam 7.30 pg.
Masya-Allah... lihatlah...
betapa Allah itu Maha Berkuasa ciptaan-Nya
kekaguman ku kepada-Nya melimpah ruah
rasa syukur yang tidak terhingga
segalanya indah ciptaan Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

p/s: Tidak dibenarkan mencetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali
untuk tujuan komersial.

1234

Satu...
kasih dan abadi
tiada tandingi
Dia yang satu

Dua...
sayang berpanjangan
membawa kesyurga
kasihnya ibu

Tiga...
lapar dan dahaga
rela berpayahan
setianya ayah

Empat...
mudah kau ketemu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
menyisir rambutku kemas selalu
ayah menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
untuk kau sandarkan buat pedoman
jangan manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan
harus kau renungkan

Bersyukurlah Selalu

Alhamdulillah...
Moga 1430H ini menambahkan lagi
hubungan kita dengan Allah S.W.T
dan memperbaiki diri kita
menuju jalan yang diredhai-Nya

Semakin hari terasa indah hidup ini
biar pun jalan yang berliku penuh onar dan duri
mengajar insan kerdil ini mengenal diri
dalam mengejar cita-cita tertinggi

Hidup tidak semudah yang disangka
ujian datang tanpa diduga
kesedihan berpanjangan bukanlah pengubat duka
malah merosakkan hati menjadi luka dan lara

Tiada jalan yang dapat dituju
melainkan jalan mencari redha-Mu
biar penat lelah sesak nafasku
ku pertaruhkan jua menggapai cinta yang satu

Usahlah sedih dan sayu
Menjalani hidup sementara waktu
Bersyukurlah selalu
kerana Dia Maha Tahu.