Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan P.Pinang(PUMPP) bersama Angkatan Pemuda - Pemudi Islam (API) ingin memohon bantuan kepada yang berkemampuan untuk sama - sama membantu meringankan kos perbelanjaan Aktivis Pemuda Selatan Thai seramai 6 orang yang sedang mengikuti sesi latihan kemahiran dan pembangunan diri bersama kami selama 2 bulan ( bermula 6 Julai 2009 - September 2009) di rumah CAP, Air Itam .

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan seperti :

1. Kewangan untuk perbelanjaan harian pelatih
2. Makanan ( Biskut, Gula, Beras, Susu , Sardin, Sayur dan lain - lain bahan untuk
memasak sepert ikan, ayam pun boleh )
3. Pakaian yang masih elok untuk saiz dewasa
4. Barangan Mandi
5. Ubatan
6. Dan Lain - lain yang sesuai ..
7. Kos Pengangkutan untuk program Roadshow " Konflik Selatan Thai"
8. Tabung Dana Kemanusiaan Krisis Selatan Thai


Bolehlah salurkan bantuan secara terus dengan menghubungi ;

Shamsul Ery : 019-4403060
Nurfitri Amir : 013-7069509
Kak Wan : 012-5607547

Sumbanagan berbentuk Wang Pos/Kiriman Wang/ Cek boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan dikirimkan ke alamat perhubungan :
Sekretariat "Konflik Selatan Thai",
D/A PUMPP, 2912, Jalan Perai,
Taman Inderawasih,
13600 Pulau Pinang.
Atau melalui no.akaun bank : 7043011013136, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kepala Batas.


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami di talian tersebut.
Sekian , Wassalam...


Wan Azilina Wan Ahmad
Koordinator Latihan Aktivis Selatan Thai