Agar cinta kami tidak melebihi cinta-Mu Ilahi


Isteri: “Wahai suamiku perjelaskan kepada isterimu mengenai perhiasan yang kita miliki ini.”

Suami: “Wahai isteriku bukankah perhiasan ini akan menyerikan lagi ruang kediaman kita.”

Isteri: “Duhai suamiku… andai dapat engkau membaca isi hatiku dari mata hatimu ketahuilah bahawa belum pernah engkau menghiaskan hatiku dengan kalimah Allah. Maka, apakah yang paling mulia di sisi pencipta kita berdua?”

Suami: “Tidakkah engkau mengetahui wahai isteriku. Sesungguhnya menghiaskan hatimu dengan kalimah Allah itulah yang mulia. Maafkan aku wahai isteriku kerana telah sekian lama kekayaan ini membuatkan aku alpa. Kemari wahai isteriku. Dekatilah aku.”

Isteri: “Duhai suamiku… betapa benar-benar engkau memerlukanku. Namun, aku tidak upaya kerana aku juga manusia biasa. Mintalah suamiku. Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah dengan penuh ikhlas dan takwa. Pasti engkau akan terasa dekat dengan-Nya tapi bukan isterimu. Pasti engkau ditemani-Nya sentiasa tanpa lelah tapi bukan isterimu. Pasti juga engkau akan diperingatkan daripada-Nya tanpa dusta tapi bukan isterimu.

Suami: “Mengapa wahai isteriku?”

Isteri: “Wahai suamiku, bukankah dunia ini persinggahan bagi kita. Bukankah juga hidup dan mati kita ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Maka, apakah masih ada lagi kasih sayang dan cinta kita yang dapat membatasi cinta-Nya.”

Suami: “Benar wahai isteriku. Cinta dan kasih sayang kita hanya kerana Allah semata. Moga kita dipertemukan lagi di syurga yang tertinggi di sisi pencipta kita. Terima kasih isteriku. Cintaku padamu duhai isteriku tidak akan membatasi cintaku pada Allah. Moga kita bahagia di dunia dan di akhirat sana. Insya-Allah.

Isteri: “Bersyukurlah suamiku. Bersabarlah dengan segala mehnah dan tarbiyah Allah.”



JZKK (JazaKallahu Khairan Kathira - Thanks a lot)

May Allah Rewards us Jannatul Firdaus.. Ameen..

Together WE make history for OUR ummah!