Mencari Kebenaran

Seseorang itu perlu berkorban dan akan terkorban
dalam mencari kebenaran
biar pahit ujian sekalipun
selagi putus asa tidak terletak pada hatinya
selagi itu pengorbanan akan terus dilakukan
walau redha Ilahi hanya sesaat
biarlah berkorban walau sejuta tahun sekali pun
semakin kecam ujian Ilahi
semakin ada benteng dan kekuatan diri
biar manusia terus berkata
kerana mereka tidak pernah tahu dan rasa
betapa beratnya ujian dari Allah
hanya insan-insan yang melaluinya sahaja
tahu dan faham apa yang perlu dilakukannya
demi kebenaran biarlah apa sekali pun yang berlaku
yang pastinya Allah itu ada
kerana Dia memberi sepadan dengan kemampuan hamba-hambanya
tidak usahlah berkeluh kesah
kerana musuh utama manusia akan suka
itulah dia syaitan yang sentiasa
berusaha menyonsangkan manusia
tidak sekali-kali insan kerdil itu
akan terlena
dengan tipu syaitan durjana
yang boleh memporak-perandakan
kehidupan manusia di dunia
apatah lagi di akhirat nanti.

"Wahai Tuhanku tolonglah aku untuk sentiasa mengingati-Mu,
bersyukur kepada-Mu dan melaksanakan ibadah dengan baik kepada-Mu."

"Ya Allah, sesunguhnya aku memohon ampunan dan keselamatan
dari segala musibah."