Seorang Insan Perjalanan Dunia

Dalam meniti perjalanan hidup ini
tidak terfikir dibenak seorang insan
akan apa yang berlaku di hadapannya
tidak terbayang ujian yang akan dilaluinya
tidak pula terjangka begitu kecam perjalanan hidupnya

Panggilan manusia yang bergelar insan
semakin tipis tak terhitung
disebalik hijab ada tangis terselindung
saat kematian pula terasa hampir dengannya
kerana dia telah hilang segalanya

Namun...
hatinya mampu berkata
rohnya masih bernyawa
tak usahlah goyang datang gelora
menghadapi ujian dari yang Esa

Benarlah kata pujangga
derita membawa bahagia
usaha untuk berjaya
hidup hanya sementara

Saat ini dia dilihat manusia
bukan lagi insan kerdil yang tidak berdaya
tapi punya nilai yang tak terlihat oleh mata
punya harga yang membatasi permata
kerana dia adalah dia
seorang insan perjalanan dunia

[Puisi yang pernah saya cipta dengan izin Allah. Tapi...pada 20 November 2008 baru
saya jumpa. Syukur.