Munajat kapada-Nya

Ya Allah, jangan Engkau letakkan aku jauh…dariMu. Aku tidak mahu kehilanganMU ya Allah… Cukuplah Engkau bagiku. Aku tiada sesiapa di dunia ini melainkan Engkau ya Allah. Hatiku ini hanya untukMu. Aku rindu padaMu ya Allah. Aku kagum denganMu ya Allah… Engkau sentiasa membantuku…saat aku gembira Engkau detikkan hatiku bahawa Engkau Maha Melihat. Saat aku sedih…Engkau peringatkan bahawa Engkau Maha Mengetahui. Kini aku sedar ya Allah bahawa aku hanyalah hamba di sisiMu. Tidak memiliki apa-apa melainkan dengan izinMu. Jika aku punya kekuatan…semuanya itu dengan izinMu. Aku takut ya Allah…bahawa Engkau Maha Berkuasa untuk melakukan apa-apa sahaja kerana itu kekuasaanMu. Jangan ya Allah Engkau matikan aku saat aku jauh daripadaMU. Tetapi, matikan aku dalam keadaan aku beriman kepadaMu. Maafkan aku ya Allah…kerana tiada sesiapa lagi yang boleh memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau.
Aku malu ya Allah…malu kepadaMu kerana setiap kesenangan yang Engkau berikan aku sering leka…leka dengan hal-hal dunia seolah-olah aku yang merancang segalanya. Ya Allah telah banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku tidak sedar semua ini…namun aku bersyukur ya Allah…kerana Engkau memberikan aku sakit seperti yang aku hadapi ini…kerana dengan izinMu melalui penyakit ini aku sentiasa memikirkan tentang perbuatanku sama ada Engkau redhai atau sebaliknya…dan kini aku sedar selama ini segala perkara yang aku lakukan bukan keranaMu. Jika ada perkara yang aku lakukan keranaMu kadangkalanya tidak pula yang seperti yang telah Engkau perintahkan.
Ya Allah…redhai aku…engkaulah satu-satunya Tuhan ku, tiada Tuhan melainkanMU dan Muhammad itu pesuruhMu. Ya Allah aku bersyukur…sangat kerana di dunia ini adanya al-Quran. Kitab itulah yang banyak membantuku untuk aku mencari ketenangan dengan izinMu. Aku kagum denganMu ya Allah…kerana Engkau aku dihidupkan…kerana Engkau aku dapat melihat dunia ini hanya persinggahan dan tempat membuat amal untuk bekalan sewaktu di alam yang kemudian. Kerana Engkau aku dapat berbicara…kerana Engkau aku terjaga…seandainya Engkau mahu melakukannya tentunya aku tidak akan sedar lagi dari tidurku dan mungkin saat itulah tidurku yang selamanya… Ya Allah aku mahu bersamaMU kerana hanya dengan mengingatiMu aku merasakan tenang. Aku tidak mahu kehilanganMu.

Oleh: Hamba Mardhatillah 16/10/2008 8.35pm