Sabar Dalam Ujian

Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberi. Nikmat yang cukup bermakna adalah nikmat iman dan nikmat islam. Namun, segala yang Allah berikan itu segalanya penuh dengan hikmah yang tak terjangkau oleh fikiran manusia. Walau apa yang berlaku hendaklah sentiasa bersabar, ucapkanlah "sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali" seterusnya, berusaha untuk berubah kepada kebaikan dan buangkan jauh-jauh segala perkara yang boleh melemahkan semangat kita. Adakah kita tidak percaya dan yakin dengan pertolongan Allah? Bukankah Allah telah menyediakan sepertiga malam untuk bermunajat dengan-Nya? Jadi, ambilah peluang ini bermohon kepadan-Nya keampunan dan mencari redha-Nya. Masya-Allah...Allah itu hebat...saya menjadi kagum dengan apa yang Allah tetapkan. Kagum kebesaran-Nya. Jadi, untuk rasa tenang sebahagiannya handaklah sentiasa sabar hanya kerana Allah. Jadikan bahawa hari ini hari untuk kita lakukan yang terbaik dan esok adalah sesuatu yang belum pasti lagi. Usah berharap pada esok tapi manfaatkan saat ini dalam menghasilkan yang terebaik. Bukankah Allah telah menolong mu sebelum ini? Jadi bersabarlah dalam ujian Allah.