Bukan Senang & Bukan Susah

Masya-Allah...
pertolongan Allah itu hebat
tanpa disangka2
aku tidak mengharapkan itu
malah...
tidak terfikir pun dengan pertolongan itu
aku berharap dan terus berdoa
moga hamba2 Allah yang membantuku
dan mempermudahkan urusan kerana Allah
akan terus dibawah rahmat & petunjuk Allah

Aku kagum dengan Allah
Masya-Allah
moga dengan pertolongan hamba2 Allah itu
kita temui bersama redha Allah

Bukan senang untuk melembutkan hati
yang selama ni keras macam batu
mungkin lebih keras daripada tu
aku tetap berusaha
mencari kehidupan yang sebenar
diberikan petunjuk jalan yang lurus
bukan jalan org2 yang dimurkai dan bukan pula
jalan mereka yanag sesat

Tapi bukan susah sebenarnya
untuk mencari kenbenaran
selagi kita mahu dan berusaha
Allah sentiasa memberi dan permudahkan-Nya
jika ada kepayahan itu hanya manisan dalam perjuangan
membuatkan kita sentiasa mencari penyelesaian

Segalanya dengan pertolongan Allah
terima kasih Allah.