Sahabat seperjuangan

Alhamdulillah,
Terima kasih Allah
Walau saya merasakan payah dalam ujian ini
Saya tetap kagum dengan nikmat dan hikmah-Mu
Hari ini ada berita yang mengembirakan saya
Seorang sahabat yang mengkabarkan kepada saya
Katanya keputusan peperiksaannya memperoleh yang terbaik
Lebih baik daripada yang sebelum ini
Malah keputusannya mendapat lebih tinggi daripada saya
Saya tumpang gembira dan bersyukur tidak terhingga
Malah,
Menjadi kesyukuran yang tidak terhingga
Apabila dia mengatakan bahawa
Meninggalkan perkara yang tidak disukai Allah itu adalah lebih baik
walau sukar untuk dilakukan
Masya-Allah
Terima kasih Allah

Sahabat...
tiada hadiah yang dapat saya berikan sepanjang perkenalan ini dan persahabatan ini
saya hanya mampu berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 yang lain
bahawa ingatlah Allah selalu dan berusahalah untuk mengenali-Nya lebih dekat
Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui

Sahabat...
saya menyayangimu kerana Allah

Terima kasih Allah
Terima kasih semua.