Kasih Sayang Dengan Izin-Nya

Belum pernah aku rasakan
keindahan hidup seperti ini
dilimpahi kasih sayang dengan izin-Nya
walau singkat sahaja kata2nya dengan izin Allah
aku dapat merasakan betapa dia juga menyayangiku

Jarang benar aku dapat berkongsi ceritaku dengannya
semenjak ayah tiada dia yang menasihati aku
hingga aku cukup takut untuk bercakap dengannya
kerana dia seorang yang tegas tapi lembut hatinya

"Jaga nama baik kelurga kita,
kerana abang tak mahu nama ayah
disebut orang atas keburukan kita."

Terima kasih Allah
terima kasih abang
moga Allah balas jasa abang
kerana menjaga saya sejak ayah tiada

Kita berjauhan untuk sementara waktu
tapi saya tidak pernah lupa abang
segalanya ini pertolongan daripada Allah

"Abang tak pernah beri lebih untuk kamu
tapi abang hanya dapat beri nasihat
gunalah yang terbaik untuk kamu"

Masya-Allah
semua ini dengan izin Allah.