Aku Mencari Jalan Ini

Aku mencari-cari jalan ini
Yang aku sendiri tidak pasti ke manakah aku akan pergi
Mungkin ke depan mungkin ke belakang atau pada jalan-jalan biasa
Yang mungkin juga boleh membawa kapada kejayaan atau juga kealpaan
Jika aku singkap perjalan ini ia suatu yang manis
Walau pahit menguji jiwa dan rasa
Saat-saat gentir dalam pertempuran ujian itu hampir sahaja menghunus nyawa
Longlai tak bermaya
Namun kudrat dan nikmat yang Dia berikan membolehkan terus bernafas saat ini
Entah bila aku tidak pernah pasti nyawa ini akan pergi menghadap Ilahi
Kerana itulah kesetiaannya kehidupan pasti ada kematian
Aku semakin kebingungan tentang hal-hal dunia
Sampai bila aku harus begini menghabiskan sisa-sisa usiaku
Terbengkalai dalam recam keduniaan
Memburu sebuah pengharapan yang hanya pinjaman
Sebagai ladang-ladang menyemai benih keimanan
Membajai pohon keislaman dalam membuahkan manisan ketakwaan
Menyirami waris-waris dunia agar tunduk dan patuh pada perintah-Nya
Membenam keegoaan dan membangkit keupayaan untuk terus mencari redha-Nya
Selagi nyawa masih bernadi
Ujian tetap dilalui dalam membenarkan erti kehambaan
Mengajar erti kejujuran pada Yang Maha Tahu
Membuktikan bahawa aku hanya hamba yang banyak leka


p/s: Boleh dicetak semula untuk edaran dan tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan komersial.