Seimbangkan Kekayaan dunia dan AKHIRAT

Assalamualaikum,
Aku berlindung Dengan Allah Daripada Gangguan Syaitan Yang Terkutuk.
-------------------------------------------------------------------
Penulisan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Beberapa hari ini saya didatangi oleh kenalan2 yang memperkenalkan kepada saya mengenai sesuatu perniagaan yang mereka jalankan. Tujuan saya melontarkan pendapat ini adalah untuk kita sama2 berfikir mengenai sistem perniagaan tersebut.
Dengan tegas saya menyatakan bahawa dalam hidup saya sendiri ada panduan hidup inikan pula menjalankan sesebuah perniagaan. Sudah tentu saya menetapkan garis panduan supaya tidak mudah membuat keputusan yang singkat. Saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang berkaliber, dan bukan pula untuk merendahkan keyakinan diri saya sendiri.
Saya tahu seseorang usahawan perlu berani menanggung risiko tetapi saya musykil kerana kehendak saya untuk mengetahui produk yang ditawarkan tidak dinyatakan secara jelas kepada saya. Malah, jumlah modal yang ingin saya ketahui juga tidak dinyatakan. Perniagaan apakah ini? Selain itu, saya juga terkejut apabila ada yang mengatakan produk tersebut tiada sebarang tarikh luput dan telah diyakini oleh pakar2 dalam produk tersebut.
Peringatan kepada rakan2 sekalian yang terlibat dalam perniagaan ini. Sekiranya tujuan kita untuk kaya atau medapat pulangan modal yang segera itu bukanlah perniagaan yang sebenar. Ya…saya akui pendirian saya yang terlalu berfikir panjang yang boleh menggagalkan masa depan saya. Tapi saya yakin dan percaya bahawa selagi Allah ada di hati saya, saya tidak pernah merasa gagal apatah lagi berputus asa. Kita dikurniakan Allah dengan nikmat akal untuk berfikir. Sekiranya kita berkacamata hanya dengan keuntungan dan kekayaan pastilah kita mampu berbuat apa sahaja. Tapi bagaimana tindakan kita itu sama ada Allah redha ataupun tidak.
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan semangat rakan2 saya yang terlibat dalam perniagaan. Tetapi jika benar kita seorang ahli perniagaan yang sanggup menanggung risiko mengapa tidak modal yang kita ada itu kita laburkan dalam perusahaan kita sendiri. Maksud saya kita buka syarikat kita sendiri. Mengapa tidak begitu?
Rakan2 sekalian, jangan anda mudah terpedaya dengan kesahihan penyelidikan ke atas produk yang ditawarkan. Dah terbuktikan? Bahawa produk tersebut tiada tarikh luput. Apa tujuan sebenar kita menjalankan perniagaan tersebut? Jangan terlalu cepat kita membuat keputusan. Jika benar anda seorang yang jujur dalam perniagaan buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda berani membawa produk tersebut kepada Persatuan Pengguna yang diyakini. Saya menyarankan anda menghubungi Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 10 Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang, Malaysia. Atau ditalian 04-8299511. Faks 04-2828106.
“ (Cahaya itu) di rumah-ruamah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang, orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (hari kiamat), (mereka melakukan itu) agar Allah memberi balasan kepada mereka denga yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Dia menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa batas.” (An-Nur36-38)
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al-Fatihah:6-7)

1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
2. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
3. Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin,
bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
4. Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,
ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.( Maksud hadis ).
5. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Fakirlillah Ukhuwahfillah Mardhatillah Insya-Allah.

* Bersambung di bawah